33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Empire Coffee Works buka cawangan Richiamo Coffee ke-88

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JENAMA kopi, Richiamo Coffee dimiliki dan dikendalikan Empire Coffee Works memperluaskan jenamanya dengan pembukaan cawangannya yang ke-88 di Kampus Alam Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Arau Perlis.

Berkenan merasmikan cawangan Richiamo Coffee ke-88 tersebut, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Mengiringi baginda ke majlis itu ialah puteri sulung, Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail.

Pengarah Empire Coffee Works Wan Najib Wan Daud berkata, pembukaan cawangan di UniMAP adalah hasil perbincangan dengan pengurusan tertinggi universiti itu berikutan kepercayaan dan komitmen yang diberikan oleh pemegang lesen Richiamo Coffee Sdn Bhd.

“Sebagai sebuah syarikat milik 100 bumiputera Richiamo Coffee selalu menekankan agar jenama ini boleh ditembusi oleh semua golongan lapisan masyarakat agar ia boleh berkembang sejajar dengan usaha kebelakangan ini,”katanya.

Turut hadir, Naib Canselor UniMAP, Prof Ts Dr Zaliman Sauli dan Ketua Pejabat Naib Canselor UniMAP Mejar Muhamad Azuan Mohamad Nasir.

Selain di UniMAP, dua lagi cawangan Richiamo Coffee yang telah beroperasi di Perlis ialah di Kangar Jaya dan juga UiTM Arau.

Ia juga merupakan cawangan kedua selepas Wisma Bernama Kuala Lumpur.

Di majlis tersebut baginda turut meluangkan masa melihat bagaimana kopi ‘dibancuh’ di kafe berkenaan yang menyajikan pelbagai variasi kopi termasuk Americano, Latte dan Espresso.

Malah baginda juga turut membuat sentuhan peribadi dengan membuat minuman Latte di majlis tersebut.

Richiamo Coffee di UniMAP juga menghidangkan menu makanan barat dan tempatan seperti Patin Masak Tempoyak serta Asam Pedas Tenggiri selain kek dan pastri yang menjadi pilihan para pelanggan.-Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan