31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Warga emas rugi RM85,000 ditipu Macau Scam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG warga emas bertugas sebagai pengurus syarikat berputih mata apabila mengalami kerugian RM85,000 selepas terpedaya dengan sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Mangsa, lelaki berusia 81 tahun dihubungi individu yang menyamar sebagai pegawai LHDN yang mendakwa mempunyai tunggakan cukai sebanyak RM36,700.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, bagi menguatkan dakwan suspek bertindak menyambung perbualan dengan anggota di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Perak.

Menurutnya, suspek mendakwa mangsa terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram dan mangsa diarah supaya memasukkan wang ke dalam akaun yang diberikan bagi siasatan selanjutnya.

“Mangsa yang beralamat Lorong Kubang Buaya, di sini terlalu bimbang dikenakan tindakan undang-undang mengikut arahan suspek.

Mangsa bertindak memasukkan wang berjumlah RM85,000.00 ke dalam akaun bank yang diberikan suspek Pada 27 Januari lalu, sebelum menyedari dirinya ditipu dan membuat laporan polis di IPD Kuantan, semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Wazir berkata, modus operandi digunakan sindiket ialah suspek menyamar sebagai pegawai LHDN dan mendakwa mangsa mempunyai mempunyai tunggakan cukai sebanyak RM36,700.

Advertisements

Dalam kes lain, beliau berkata, seorang wanita pesara kerugian RM52,300 selepas terpedaya dengan sindiket ‘love scam’ menerusi media sosial Facebook.

Katanya, mangsa berusia 74 tahun berkenalan dengan suspek bernama Nelson Michael Jr yang mendakwa berasal dari Amerika Syarikat dan bekerja dalam bidang cari gali minyak di Miri, Sarawak.

Sepanjang perkenalan mangsa dengan suspek, beliau berkata mereka hanya berhubung melalui panggilan telefon serta aplikasi WhatsApp dan tidak pernah berjumpa.

Suspek meminjam wang daripada mangsa dengan pelbagai alasan sebanyak tujuh kali dengan jumlah keseluruhan RM52,300. Suspek juga berjanji dengan mangsa akan mengahwini mangsa sekiranya memberi pinjam wang.

“Pada 31 Januari lalu selepas sahaja transaksi terakhir suspek tidak lagi menghubungi mangsa sehingga ke hari ini dan suspek juga menyekat nombor telefon mangsa. Mangsa menyedari sudah ditipu membuat laporan di IPD Kuantan, semalam,” katanya.

Katanya, dua kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda jika sabit kesalahan.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan