26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, September 30, 2022

Cadangan buka sempadan bukan keputusan sendiri – Muhyiddin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CADANGAN Majlis Pemulihan Negara (MPN) mengenai pembukaan semula sempadan bukannya keputusan sendiri, sebaliknya ia dibuat hasil persetujuan bersama, kata Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, cadangan tersebut telah dipersetujui secara bersama oleh ahli-ahli majlis berkenaan dalam mesyuarat MPN yang dipengerusikan beliau, baru-baru ini.

Muhyiddin berkata, pembukaan sempadan itu amat penting bagi merancakkan kembali ekonomi negara terutamanya sektor perniagaan dan pelancongan.

Justeru, beliau berharap agar Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersetuju dengan cadangan majlis itu untuk membuka semula sempadan negara seawal 1 Mac ini.

‘Please’ (tolong) PM (perdana menteri), MPN sudah cadang dan saya bukan buat keputusan pandai-pandai. Dalam mesyuarat ada Menteri Kesihatan, (ditanya) kena kuarantin wajib, beliau kata tak payah, ada Jabatan Imigresen, (ditanya) bila boleh buka, boleh buka 1 Mac.

Baca juga:   Pelantikan Muhyiddin jamin kesinambungan strategi PPN

“Maka, kita buat keputusan atas nama MPN supaya kerajaan boleh ambil tindakan segera buka sempadan,” katanya ketika berucap pada majlis Resepsi Tahun Baharu Cina Perikatan Nasional, malam tadi.

Turut hadir, Presiden Gerakan yang juga Ahli Dewan Negara Senator Datuk Dominic Lau Hoe Chai dan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Ketua Penerangan PN.

Februari lepas, MPN mengesyorkan kerajaan membuka sepenuhnya sempadan negara seawal 1 Mac ini, namun cadangan itu belum dibincangkan di peringkat Kabinet.

Baca juga:   2,000 usahawan wanita menerusi Wanita [email protected]

Semalam, Mohamed Azmin berkata Kementerian Kesihatan dijangka mengemukakan cadangan mengenai pelaksanaan dan prosedur operasi standard (SOP) pembukaan sempadan kepada jemaah menteri dalam masa terdekat, sebelum memutuskan tarikh pembukaannya.- Bernama

Terkini

PM jamin ambil tindakan agresif, selamatkan rakyat Malaysia

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan kerajaan akan mengambil tindakan terbaik bagi menyelesaikan isu pemerdagangan manusia...

Lagi Artikel Berkaitan