27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Warga JPM perlu tunjuk contoh terbaik – Ismail Sabri

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

WARGA Jabatan Perdana Menteri (JPM) disaran menunjukkan contoh terbaik kepada kementerian-kementerian dan rakyat kerana hampir semua dasar negara dirangka di sini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, warga JPM juga perlu menghayati dan mempromosikan konsep Keluarga Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Harapan saya ialah kita semua dapat menjalankan tugas dengan jujur dan penuh integriti kerana seluruh mata tertumpu kepada JPM terutama membabitkan dasar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Amanat Perdana Menteri kepada warga JPM di Putrajaya hari ini. Hadir sama, Ketua Setiausaha, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Perdana Menteri berkata, beliau melihat menteri-menteri besar di negeri-negeri mendahului mempromosikan keluarga Malaysia manakala di JPM, agensi atau jabatan di bawahnya kurang memainkan peranan.

Beliau berkata, ia ditingkatkan dan perlu keterdepan selaku tuan rumah mempromosikan konsep Keluarga Malaysia.

Sementara itu, Ismail Sabri mengimbau ketika beliau mula-mula mengambil alih kepemimpinan negara pada Oktober tahun lalu ketika pandemik Covid-19 berada dalam keadaan kritikal.

“Alhamdulillah, kes COVID-19 dapat dikurangkan dan ekonomi beransur pulih. Hampir 100 peratus populasi dewasa telah menerima dua vaksin.

“Kita hampir berjaya melepasi pandemik COVID-19. Ekonomi dan kadar pelaburan asing (FDI) bertambah baik,” katanya.

Ismail Sabri turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Mohd. Zuki kerana telah memastikan pelaksanaan petunjuk prestasi utama (KPI) 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia dapat dilaksanakan dengan jayanya.

“Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia akan dilaksanakan di seluruh negara bermula bulan depan.

“Kita ambil iktibar apa yang berlaku di KLCC dan memastikan ia tidak berulang di negeri-negeri,” katanya.

Perdana Menteri juga mengucapkan terima kasih kepada semua kerana sewaktu bencana banjir melanda tempoh hari, sukarelawan dari JPM turut serta membantu menguruskan pascabanjir.

“Kalau kita sama-sama bekerja keras segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik. Harapan rakyat adalah apabila sesuatu diumumkan mereka ingin merasai apa yang diumumkan oleh kerajaan dan tanggugjawab kita dapat diberikan kepada rakyat,” katanya.

-EDISI9

Terkini

‘Rebel’, filem aksi arahan pertama Awie

SELEPAS bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu...

Lagi Artikel Berkaitan