31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Tiga maut Proton Saga bertembung BMW dekat Muadzam

Tiga yang terbunuh adalah pemandu dan penumpang kereta Proton Saga

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TIGA maut, manakala dua cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di kilometer 98.5, Jalan Kuantan-Segamat, dekat Muadzam Shah, Pahang awal pagi tadi.

Difahamkan, kemalangan kira-kira pukul 4.26 pagi berlaku apabila kenderaan jenis Proton Saga dinaiki tiga lelaki terbabas sebelum bertembung dengan kereta jenis BMW dari arah bertentangan.

Menurut Ketua Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, Superintenden Kamarulzaman Jusoh, mangsa pertama yang maut dan dikenal pasti ialah Rizal AL Awing, 18, yang merupakan pemandu Proton Saga.

“Dua lagi penumpang yang turut maut dalam kenderaan itu masih belum dikenal pasti identiti mereka. Ketika kejadian, pemandu dan penumpang BMW dalam perjalanan dari Seremban menghala ke Terengganu sebelum bertembung dengan Proton Saga yang dinaiki tiga lelaki dipercayai Orang Asli.

“Akibat pertembungan itu, pemandu dan penumpang Proton Saga maut di tempat kejadian, manakala pemandu BMW, Muhammad Hafiz Muhammad Hadits, 31, dan penumpangnya, Syed Husain Yaacob Ali, 37, cedera ringan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamarulzaman berkata, siasatan awal percaya kemalangan itu berpunca daripada kecuaian pemandu Proton Saga yang gagal mengawal kenderaan dan masuk ke laluan bertentangan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Pahang), Ismail Abdul Ghani berkata, enam pegawai dan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah ke lokasi sebaik dimaklum kejadian pada 4.28 pagi.

“Setibanya di lokasi kemalangan, tiga lelaki tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lelaki mengalami kecederaan ringan dan operasi tamat pada 5.17 pagi,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan