26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Polis gempur ‘sarang’ dadah, tahan 220 individu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 200 individu termasuk tiga lelaki warganegara asing dicekup dalam serbuan Op Tapis di Kampung Pandan, Johor Bahru di sini pagi ini.

Kesemua yang ditahan itu berusia lingkungan 21 hingga 45 tahun dalam serbuan yang dijalankan dalam operasi pukul 3 pagi.

Ketua Polis, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kampung tersebut merupakan salah satu daripada titik panas (hotspot) sarang penagihan dadah di negeri ini sejak dahulu lagi.

“Tujuan operasi ini bagi membersihkan kawasan penempatan ini daripada menjadi tempat penagih dan pengedar dadah ini berkumpul.

“Hasil siasatan juga mendapati sarang penagihan dadah ini menjadi lokasi pengedaran dadah secara kecil-kecilan dalam kalangan mereka.

“Justeru, Polis Johor akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) mencari jalan penyelesaian bagi membanteras kegiatan dadah di kawasan ini. Jika tidak menggembleng tenaga, tidak ada kesudahannya,” katanya hari ini, lapor Utusan Online.

Kamarul Zaman berkata, kesemua yang ditahan itu didapati melakukan pelbagai kesalahan dibawah Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952.

Tambahnya, Op Tapis melibatkan seluruh kontinjen Johor membabitkan 38 pegawai dan 292 anggota yang membuat serbuan di lokasi panas di seluruh negeri ini.

Katanya, dipercayai terdapat 12 kawasan titik panas sarang penagihan dadah di negeri ini manakala kegiatan itu juga dilihat berpindah randah bagi mengelak dikesan oleh pihak berkuasa.

“Kita masih menjalankan siasatan bagi mengesan sumber pengedar dadah ini memperolehi bekalan dadah.

“Kita juga akan bekerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi menyediakan rawatan pemulihan kepada mereka yang ditahan ini,” ujarnya.

Terkini

GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf jadi Institut Malaysia-China

PUSAT GiatMARA Bagan Datuk, Perak bakal dinaikkan taraf sebagai Institut Malaysia-China (MCI) yang akan memberi fokus dalam TVET bidang...

Lagi Artikel Berkaitan