25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, September 30, 2022

Dua hari berturut-turut kes positif lepasi angka 5,000

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DUA hari berturut-turut negara kekal merekodkan kes harian melepasi angka 5,000 dengan 5,522 kes jangkitan COVID -19 dilaporkan hari ini.

Semalam, kes harian negara mencatatkan sebanyak 5,439 kes, sekali gus buat pertama kali untuk tahun ini melepasi angka 5,000.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, hanya 39 kes bersamaan 0.7 peratus daripada 5,522 kes positif Covid-19 hari ini, adalah kategori tiga, empat dan lima.

“Sebanyak 5,483 kes bersamaan 99.3 peratus adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

“Jumlah pesakit COVID -19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan pula merekodkan 70 kes dan kekal seperti rekod semalam iaitu 70 kes. Pesakit COVID -19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) pula merekodkan peningkatan, 127 kes berbanding semalam, 124 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca juga:   30,246 kes positif, turun sedikit berbanding kelmarin

Noor Hisham berkata, Malaysia terus mencatatkan peningkatan jumlah kluster COVID-19 apabila merekodkan 23 kluster baharu berbanding semalam, 22 kluster menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,394 kluster.

“Sebanyak 289 kluster aktif direkodkan yang menunjukkan peningkatan berbanding semalam, 274 kluster. Jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 6,105 kluster berbanding semalam, 6,097 kluster, “katanya. – Edisi 9

Terkini

Ejen kosmetik diculik ke negara jiran berjaya diselamatkan

SEORANG ejen jualan produk kosmetik yang diculik dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di Tumpat, Kelantan, 13 September...

Lagi Artikel Berkaitan