28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

1,494 pelajar di Kedah dikesan positif COVID-19 sejak 1 Januari

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 1,494 pelajar sekolah di seluruh negeri Kedah dijangkiti COVID-19 antara 1 Januari hingga semalam.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah, Dr Othman Warijo berkata, daripada jumlah itu seramai 1,493 kes atau 99.9 peratus pelajar berada pada kategori satu dan dua, manakala 0.1 peratus atau satu kes pada kategori tiga.

“Manakala sebanyak 915 kes atau 61.2 peratus masih lagi dirawat, manakala 579 kes atau 38.8 peratus termasuk seorang pelajar yang berada pada kategori tiga sudah sembuh.

“Semua pelajar berusia antara tujuh hingga 18 tahun itu dilaporkan stabil selepas menjalani rawatan.

“Setakat ini tiada pelajar yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.

“Antara pelajar ini ada yang dirawat di hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) dan menjalani kuarantin di rumah,” katanya lapor Astro Awani.

Dr Othman, memaklumkan seramai 90 warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kulim disahkan positif COVID-19 membabitkan Kluster Dah Sungai Balak pada Sabtu lalu.

Jelasnya, terdapat satu lagi kluster pendidikan iaitu Kluster Dah Mutiara Naga membabitkan sebuah tadika swasta di Kubang Pasu turut dikesan pada Sabtu lalu.

Katanya, seramai 41 kes dilaporkan positif COVID-19 membabitkan kluster berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan 11 kluster berkaitan pendidikan di negeri ini.

Setakat semalam, terdapat 10 kluster berkaitan pendidikan dilaporkan berlaku di seluruh negeri Kedah membabitkan pelajar dan guru.-Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan