30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Tauliah mengajar agama kepada aktivis politik ditarik balik

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Agama Islam Selangor (MAIS) menarik balik tauliah mengajar agama Islam yang diberikan kepada aktivis politik berkuat kuasa pada 31 Disember ini.

Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, tindakan itu susulan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah agar agama Islam tidak dipolitikkan serta dijadikan sebagai bahan politik oleh mana-mana pihak di Selangor khususnya di masjid dan surau.

Menurut beliau, Sultan Selangor tidak perkenan tauliah mengajar agama Islam diberikan kepada mana-mana aktivis politik kerana dikhuatiri ia boleh disalahgunakan untuk kepentingan mana-mana parti politik yang akhirnya akan membawa kepada fitnah, perselisihan dan perpecahan umat Islam di Selangor serta mencemarkan agama Islam.

“Selaras titah baginda itu, Jawatankuasa Tauliah MAIS akan menyemak semula semua tauliah mengajar agama Islam yang dikeluarkan kepada pemegang tauliah di negeri ini.

“Mana-mana tauliah yang sudah diberikan kepada aktivis politik akan ditarik balik berkuat kuasa pada 31 Disember ini,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau lagi, hanya ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang memegang portfolio agama Islam masih boleh menyampaikan pengajaran agama Islam dengan syarat ia tidak menyentuh hal berkaitan politik dalam perkara yang disampaikan.

“Pengecualian ini juga adalah selaras dengan titah Sultan Sharafuddin.

“Adalah diingatkan mengajar agama Islam tanpa tauliah yang diberikan di bawah Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 119 Enakmen yang sama.

“Sabit kesalahan, boleh dihukum denda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata, mana-mana orang yang bertindak dengan cara yang menghina kuasa yang sah, atau mengingkari atau mempertikaikan titah Sultan Selangor atas sifat baginda sebagai Ketua Agama Islam berhubung dengan penarikan balik tauliah mengajar agama Islam bagi mana-mana aktivis politik juga adalah suatu kesalahan di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

Menurutnya, kesalahan itu turut memperuntukkan hukuman sama iaitu denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan sehingga dua tahun atau kedua-duanya.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan