31 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Hari pertama AKM dapat sambutan luar biasa

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HARI pertama Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di ibu negara mendapat sambutan luar biasa pengunjung biarpun hari ini merupakan hari bekerja.

Tinjauan Edisi 9 mendapati, seawal 8 pagi, pengunjung telah beratur panjang di ruang legar untuk memasuki dewan pameran dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Antara yang menjadi tumpuan ramai ialah kaunter pembayaran saman polis trafik dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), yang memberikan potongan sehingga 80 peratus.

Bagi seorang pengunjung, Noriah M. Sirat, 54 dari Putrajaya berkata, program yang dianjurkan oleh kerajaan ini ternyata memberi peluang kepada orang awam untuk mendapatkan lebih banyak maklumat yang disediakan oleh kerajaan.

Beliau berkata, program seperti ini dapat merapatkan kekeluargaan sesusai dengan aspirasi Keluarga Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

NORIAH M. SIRAT

“Meriah juga kerana semua dapat berkumpul. Ada juga pelbagai program serta aktiviti yang disediakan oleh kementerian-kementerian terlibat.

Advertisements

“Program sebegini mampu mendekatkan rakyat dengan kerajaan dan menerusi prestasi 100 hari AKM, kita dapat lihat kerajaan begitu komitmen dalam membantu rakyat dalam segala segi lebih-lebih lagi kepada golongan yang terkesan akibat pandemik Covid-19,” katanya.

Sementara itu, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Maluri, Nur Sabrina Abd Rahman, 16, berkata, dia bersama rakan tidak melepaskan peluang berkunjung ke program ini kerana banyak aktiviti dan prospek tawaran pendidikan yang boleh diperolehi.

Nur Sabrina Abd Rahman

“Banyak dapat info mengenai bidang apa yang boleh diceburi apabila tamat sekolah nanti.

“Dalam masa sama, usaha kerajaan ini juga mendedahkan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan pelajar seperti saya untuk perancangan masa depan,”katanya yang baru pertama kali berkunjung ke program yang besar seperti ini.

AKM menjadi wadah kepada kementerian -kementerian untuk menpamerkan prestasi masing-masing sepanjang empat hari program berlangsung sehingga Ahad ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tak boleh tolak permohonan pelanggan tidak fasih bahasa Melayu

PARA pegawai Jabatan Imigresen Malaysia tidak dibenarkan menolak sebarang permohonan hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan. Bagaimanapun, menurut Ketua...

Lagi Artikel Berkaitan