29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

MyBayar Saman masih ‘down’ pengguna gagal bayar kompaun

Mesti Baca

SISTEM bayaran saman trafik secara dalam talian, MyBayar Saman masih belum pulih setelah mengalami gangguan berikutan tindakan orang ramai yang ‘menyerbu’ sistem tersebut untuk membayar saman.

Ia susulan tawaran yang dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memberikan potongan sehingga 80 peratus bagi kesalahan trafik sempena program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) sehingga Ahad ini.

Sehingga 11.30 malam ini, laman web MyBayar Saman (mybayar.rmp.gov.my) dan aplikasi mudah alihnya gagal diakses, dipercayai masih berlaku gangguan walaupun PDRM mengeluarkan kenyataan agar orang ramai mengelak membayar ketika waktu puncak.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim petang tadi menyarankan orang ramai yang gagal mengakses portal atau aplikasi berkenaan supaya berbuat demikian di luar waktu puncak.

Menurutnya, perkhidmatan pembayaran dalam talian berkenaan beroperasi 24 jam sepanjang tempoh tawaran kompaun bermula hari ini hingga 12 Disember ini.

Sistem MyBayar belum pulih.

“Semua pembayaran kompaun boleh dibuat di kaunter PDRM di KLCC, kaunter bayaran saman trafik Ibu Pejabat Polis Daerah dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen, selain portal serta aplikasi MyBayar sepanjang tempoh empat hari tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada hari pertama pameran 100 Hari AKM, orang ramai menyerbu kaunter bayaran saman trafik yang disediakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), tempat pameran itu berlaku sehingga berlaku kesesakan.

Orang ramai yang menunggu sejak 8 pagi untuk melangsaikan saman trafik masing-masing bagaimana pun kecewa apabila sistem tersebut telah mengalami gangguan sejak tengah hari tadi. – Edisi 9

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan