24.5 C
Kuala Lumpur
Monday, September 26, 2022

Kluster pertama babitkan mangsa banjir dilapor di PPS Bentong

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KLUSTER komuniti pertama penularan COVID-19 membabitkan mangsa mangsa banjir dilaporkan di sebuah Pusat Permindahan Sementara (PPS) di daerah Bentong, Pahang hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes indeks bagi Kluster Karak Setia itu merupakan seorang perempuan warganegara yang dikesan positif pada 19 Disember lalu melalui saringan individu bergejala.

“Kes mula bergejala demam, batuk, selesema dan hilang deria bau sejak 18 Disember 2021.

“Sehingga 27 Disember 2021 jam 12 tengah hari, seramai 104 individu telah disaring dalam kluster ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, daripada kluster tersebut, 10 kes dikesan positif COVID-19 dengan lapan merupakan kes baharu dilaporkan manakala 94 individu lagi negatif COVID-19.

“Punca penularan disyaki pergaulan dalam kalangan mangsa banjir di pusat penempatan tersebut.

Baca juga:   Seni persilatan Melayu diperkasa di Padang Terap

“Kesemua kes positif dan kontak rapat telah diasingkan daripada mangsa banjir yang lain,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, sehingga hari ini sebanyak 429 kes positif COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir dilaporkan dengan 11 daripadanya di PPS.

“Jumlah PPS yang masih beroperasi sebanyak 159 dengan keseluruhan mangsa terjejas banjir melibatkan seramai 23,807 orang,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 99 kes penyakit berjangkit juga telah dikesan dalam kalangan mangsa banjir.

“Ia membabitkan Jangkitan Saluran Pernafasan Akut (ARI) dengan 51 kes, penyakit kulit (39 kes) dan Acute Gastroenteritis (sembilan kes),” katanya. – Edisi 9

Baca juga:   Hanya KKM kendalikan pemberian vaksin, kata Ismail Sabri

Terkini

BN diisytihar musuh utama PN bukan mengejutkan – Zahid

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pengisytiharan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Barisan Nasional (BN) adalah musuh...

Lagi Artikel Berkaitan