24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

100 Hari AKM: Kaunter PDRM antara tumpuan pengunjung

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KAUNTER Polis Diraja Malaysia (PDRM) antara agensi kerajaan yang menjadi tumpuan pengunjung sempena program 100 Hari Aplikasi Keluarga Merdeka (AKM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang bermula hari ini.

Seawal pukul 8 pagi lagi, pengunjung tanpa mengira bangsa sanggup beratur panjang bagi menunggu giliran bagi membuat bayaran tunggakan saman trafik.

Turut menjadi tumpuan kaunter pembayaran saman bagi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Para pengunjung berpendapat, tawaran diskaun sehingga 80 peratus daripada jumlah kompaun yang dikenakan oleh PDRM memang tepat pada masanya sekali gus mengurangkan beban saman yang terpaksa ditanggung sebelum ini.

Bagi seorang pengunjung Amirul Azlan Yusuf, 42, dari Pudu berkata, tawaran diskaun ini memang bagus dan dia tidak terkecuali mengambil kesempatan ini melunaskan pembayaran tunggakan saman sebelum ini.

“Hari ini sahaja, saya bawa tujuh saman trafik untuk dilunaskan. Prosesnya sangat mudah walaupun terpaksa menunggu tempoh yang lama.

PEMBAYAR saman trafik Amirul Azlan Yusuf mengemukakan resit bayaran kompaun selepas membuat bayaran sempena diskaun yang ditawarkan sempena Program 100 Hari Aspirasi Malaysia di KLCC . Foto : EDISI 9 / MOHD NAIM AZIZ

“Walaupun terpaksa beratur panjang dan menunggu selama tiga jam, tetapi saya puas hati dengan proses perjalanan. Alhamdullilah semuanya sudah selesai,” katanya kepada Edisi 9 hari ini.

Advertisements

Sementara itu, Saifuddin Saadon, 30, dari Cheras pula berkata, dia dapat tahu mengenai diskaun kompaun saman trafik sebanyak 80 peratus itu daripada media sosial.

“Secara kebetulan saya kena saman, jadi tepat pada masanya. Saya terus datang ke sini untuk lunaskan saman tersebut. Saya juga membawa sekali saman ayah.

“Berbaloi juga, tidaklah nanti kena bayar harga asal saman trafik,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan PDRM menawarkan diskaun kompaun saman trafik sebanyak 80 peratus, sepanjang empat hari program 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia berlangsung yang sehingga Ahad ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim berkata tawaran diskaun itu sempena program 100 hari AspirasiKeluarga Malaysia, akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

“Semua pembayaran kompaun boleh dibuat di kaunter PDRM di KLCC, kaunter bayaran saman trafik Ibu Pejabat Polis Daerah dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen, selain portal serta aplikasi MyBayar sepanjang tempoh empat hari tersebut,” katanya. – Edisi 9.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan