30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Lemah, pucat punca bayi meninggal dunia di hospital

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS mengesahkan bayi perempuan berusia empat bulan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital selepas dilaporkan lemah ketika berada di rumah pengasuhnya di Taman Tuanku Jaafar, Senawang petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, terdahulu, pengasuh itu menghubungi ibu bayi berkenaan pada 4.50 petang yang memintanya supaya segera ke rumahnya kerana bayi berkenaan dalam keadaan lemah.

Beliau berkata, berdasarkan laporan daripada ibu bayi berkenaan yang berusia 24 tahun, sebaik tiba di rumah itu didapati anaknya berada dalam keadaan pucat dan tiada tindak balas ketika cuba dikejutkan.

“Bayi itu kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk mendapatkan rawatan dan diberikan bantuan pernafasan (CPR),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nanda berkata, wanita itu kemudiannya dimaklumkan oleh petugas hospital bahawa anaknya gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia selepas kira-kira 30 minit diberi rawatan.

“Punca kematian belum diketahui dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sehingga keputusan bedah siasat diperoleh,” katanya.-Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan