36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

ATM nafi trak ‘UN’ hantar bantuan banjir

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) hari ini menafikan trak berlogo ‘UN’ yang merujuk kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menghantar bantuan banjir ke negara ini.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, video berdurasi satu minit yang tular pada 7 Disember dan Sabtu lalu adalah tidak benar dan tiada kaitan dengan bencana itu.

Sebaliknya, menurut beliau, video tersebut merupakan proses final acceptance test (FAT) yang dilaksanakan oleh pihaknya sebelum kenderaan itu diaturgerakkan ke Lubnan untuk kegunaan kontinjen MALBATT 850 yang melaksanakan misi pengaman di bawah United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL).

“Masyarakat diminta tidak membuat sebarang andaian atau menularkan sebarang perkara yang tidak pasti serta berita palsu kerana ia boleh mengundang pelbagai spekulasi dan mencetuskan suasana panik dalam kalangan masyarakat.

“Adalah ditegaskan bahawa mana-mana individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh di dakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ATM
AFFENDI BUANG

Beliau mengulas rakaman video memaparkan pergerakan beberapa trak tiga tan berwarna putih serta berlogo ‘UN’ yang mendakwa pertubuhan antarabangsa itu membawa masuk bantuan banjir kepada Malaysia.

Video berkenaan dikesan ditularkan melalui facebook peribadi atas nama Jong Senow dan Nazimah Ibrahim, masing-masing pada 24 dan 7 Disember 2021.

Perkongsian video dan teks melalui akaun Facebook Jong Senow turut mendakwa kerajaan Malaysia gagal mengatasi masalah banjir dan menyatakan sehingga kini tiada kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut.

Manakala, perkongsian video dan teks yang dinyatakan melalui akaun Facebook Nazimah Ibrahim pula menyatakan rasa tidak sedap hati apabila diperkatakan trak PBB dilihat di Kampung Sungai Lui, Hulu Langat dan sebelum ini dikatakan turut dilihat di Perak.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan