28.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

AARDO: Malaysia pandang serius capaian internet luar bandar

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA mengambil serius terhadap kepentingan pembangunan infrastruktur termasuk capaian internet kepada masyarakat luar bandar dalam fasa pemulihan pandemik COVID-19.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, aspek pembangunan ekonomi luar bandar menjadi elemen penting dalam pemulihan masyarakat yang terkesan dengan pendemik COVID-19.

“Ini termasuk pengenalan dan latihan kepada penggunaan teknologi terkini dalam bidang pertanian, pemerkasaan latihan dalam ekonomi digital, kerjasama dalam bidang Teknikal dan Vokasional (TVET) serta keusahawanan luar bandar selain pemerkasaan kepimpinan belia dan wanita luar bandar.

Beliau berkata demikian sempena Persidangan Pertubuhan Kemajuan Luar Bandar Afrika-Asia (AARDO) Ke-20 secara dalam talian hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun.

Persidangan tahunan di peringkat Menteri ini diadakan bagi membincangkan isu-isu pembangunan luar bandar dan hubungan kerjasama dalam kalangan negara anggota AARDO daripada benua Afrika dan Asia.

Pada persidangan kali ini, Malaysia turut menyerahkan jawatan Pengerusi AARDO kepada kerajaan Ghana selepas menerajui pertubuhan itu selama tiga tahun mulai 2018 sehingga 2021.

Sepanjang tempoh sebagai Pengerusi AARDO, Kerangka Plan Strategik 2021 hingga 2030 telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ketika itu Ismail Sabri selaku Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ketika mempengerusikan Persidangan AARDO Ke-19 pada tahun 2018 yang diadakan di Kuala Lumpur.

Selain itu, seramai 2,700 orang peserta telah terlibat dalam aktiviti pembangunan sumber manusia seperti kursus dan latihan, perkongsian pakar dan juga khidmat nasihat.

AARDO juga turut memperkenalkan latihan secara atas talian selepas wabak COVID-19 melanda dunia.

“AARDO boleh memainkan peranan lebih aktif untuk membantu negara-negara ahli dalam usaha pemulihan pasca COVID-19,” kata Mahdzir.

-EDISI9

Terkini

Stoking kalimah Allah: KK Mart akan dipanggil bantu siasatan

POLIS akan memanggil pihak KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dan beberapa individu lain bagi membantu...

Lagi Artikel Berkaitan