25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

4,896 kes baharu harian COVID-19, 4 kluster

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH kes harian COVID-19 negara kembali mencatatkan penurunan iaitu sebanyak 4,896 kes, setakat jam 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia menjadikan jumlah individu yang dijangkiti virus itu meningkat kepada 2,654,474 kes.

Menurut beliau, empat kluster baharu lagi dilaporkan pada hari ini.

“Daripada rekod, jumlah kluster yang telah tamat adalah sebanyak 5,742 kluster dan jumlah kluster yang masih aktif sebanyak 227 kluster.

“Selain itu, kes sembuh merekodkan sebanyak 4,676 kes sekaligus menjadikan kes kumulatif sebanyak 2,561,230 kes kumulatif atau 96.5 peratus,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Advertisements

Dr Noor Hisham berkata, daripada kes harian tersebut, sebanyak 18 kes adalah kes import dengan melibatkan seramain13 warganegara dan lima bukan warganegara.

“Penularan tempatan pula sebanyak 4,878 kes [4,675 warganegara (95.8 peratus) dan 203 bukan warganegara (4.2 peratus).

“Terdapat 79 kes (1.6 peratus) adalah daripada kategori 3, 4, 5; dan 4,817 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya.

Di samping itu, katanya, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula adalah sebanyak 490 kes (358 kes disahkan COVID-19 ; 132 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

“Manakala, kes memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 269 kes (155 kes disahkan COVID-19 ; 114 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan),” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan