31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Tiga lelaki termasuk cucu P Ramlee bebas tuduhan edar ganja

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MAHKAMAH Tinggi Shah Alam, hari ini membebaskan tiga lelaki termasuk seorang cucu kepada seniman legenda Allahyarham Tan Sri P Ramlee, daripada pertuduhan mengedar lebih empat kilogram (kg) dadah jenis ganja.

Memetik laporan Bernama, Hakim Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah.

Cucu P Ramlee iaitu Zakaria Nasir Nasir, 30; Mohd Faizul Zulkipli, 37; dan Mohammad Saifuddin Darmawan, 34, didakwa di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mereka didakwa secara bersama mengedar ganja seberat 4,678.5 gram di sebuah kediaman di Puchong pada jam 3.50 petang, 15 Januari 2018.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta yang sama dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Zakaria Nasir diwakili peguam Latheefa Koya dan Zaid Malek, Mohd Faizul diwakili Rajpal Singh dan Phan Yantong Nur Sarah manakala Mohammad Saifuddin diwakili Dir Kheizwan Ab Halim @ Kamaruddin.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohammed Heikal Ismail.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan