28.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Sempadan negara dibuka kepada pelawat antarabangsa 1 Januari

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEMPADAN negara perlu dibuka kepada pelawat antarabangsa selewat-lewatnya pada 1 Januari tahun hadapan bagi mempercepatkan pemulihan bagi sektor pelancongan.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan berkenaan dibuat dalam mesyuarat MPN Bilangan 5 hari ini dengan mengambil kira tahap pencapaian program vaksinasi negara yang amat baik.

Menurutnya, mesyuarat juga mengambil maklum mengenai situasi sektor pelancongan negara yang menyaksikan pemulihan yang agak perlahan disebabkan ketiadaan pelancong antarabangsa yang memasuki negara ini selain operator sektor ini yang memerlukan masa dan untuk memulakan perniagaan mereka.

“Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan perkembangan yang dicapai, khususnya dari segi tren penurunan kes-kes positif harian, kes kematian, kemasukan kes COVID kategori 3 hingga 5 ke hospital dan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa yang telah mencapai 95 peratus dan remaja pada 76.7 peratus pada masa ini.

“Namun kita masih perlu kekal berwaspada dengan terus mematuhi SOP yang ditetapkan sementara Kerajaan meneruskan pemberian suntikan vaksin kepada yang belum menerima vaksin atau belum lengkap dan dos penggalak,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut di Kuala Lumpur hari ini.

Baca juga:   PN akan jadi pembangkang berwibawa - Muhyiddin

Muhyiddin berkata, mesyuarat berkenaan dimulakan dengan taklimat daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengenai perkembangan terkini indikator-indikator berkaitan Covid-19.

Menurutnya, mesyuarat seterusnya diberikan taklimat mengenai kedudukan prestasi sektor dan sub-sektor ekonomi Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkenaan indikator-indikator menunjukkan prestasi ekonomi pada Suku Tahun Kedua tahun ini masih lagi di bawah paras pra-pandemik untuk hampir kesemua sektor ekonomi kecuali sektor Pembuatan.

Baca juga:   Pemuda UMNO serah 10 tuntutan kepada Tengku Zafrul

“Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa prospek ekonomi negara bagi Suku Tahun Ketiga dan Keempat, 2021 menunjukkan bahawa keadaan ekonomi masih mencabar.

“Oleh yang demikian, bagi mencapai kadar pertumbuhan yang disasarkan bagi tahun 2021, usaha berlipat ganda, pantas, bersepadu dan mengikut keutamaan bagi meningkatkan ekonomi ditekankan oleh MPN,” katanya.

Menurut beliau lagi, mesyuarat juga telah dimaklumkan tentang perkembangan terkini berkaitan penambahbaikan keberkesanan pengesanan kontak atau contact tracing melalui penerapan teknologi yang telah dipersetujui dalam mesyuarat MPN bilangan 2, 2021.

“Penambahbaikan ini sangat penting sebagai salah satu kaedah pengawalan penularan COVID-19 sementara kita membuka kegiatan ekonomi dan sosial menuju fasa endemik.

Menurutnya, penambahbaikan berkenaan telah bermula secara berfasa dan Majlis bersetuju supaya pelaksanaan secara menyeluruh dibuat selewatnya Januari 2022.

“Lanjutan daripada perbincangan mengenai keperluan tenaga kerja dalam mesyuarat majlis yang lepas, mesyuarat pada hari ini telah mendapat taklimat berhubung status pelaksanaan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja Asing daripada Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Indera Khairul Dzaimee.

Baca juga:   Cerun runtuh: Laluan LPT 2 menghala Ajil (utara) ditutup

“Majlis mengambil maklum langkah-langkah penambahbaikan program rekalibrasi yang akan dilaksanakan Jabatan Imigresen yang boleh membantu mengurangkan isu kekurangan tenaga kerja yang dihadapi pelbagai sektor ekonomi,” katanya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Lelaki pukul, bakar anjing hidup-hidup diburu

SEORANG lelaki warga tempatan diburu pihak berkuasa berikutan kekejamannya memukul dan membakar seekor anjing dipercayai di Taman Impian Emas,...

Lagi Artikel Berkaitan