32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Tarikh PRN Sarawak diumumkan Rabu ini – SPR

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) dijangka akan mengumumkan tarikh pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Rabu ini selepas satu mesyuarat khas akan diadakan di Kuching pada tarikh tersebut.

Menurut satu kenyataan SPR hari ini, Pengerusinya Datuk Abdul Ghani Salleh dijangka akan mengumumkan perkara itu dalam satu sidang media selepas selepass mesyuarat khas tersebut.

“SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas Berkaitan Urusan PRN Sarawak pada 24 November 2021 bermula jam 9 pagi.

“Sidang akhbar oleh Datuk Abdul Ghani Salleh, Pengerusi SPR akan diadakan selepas mesyuarat khas tersebut,” menurut kenyataan itu yang diedarkan kepada media..

Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang berkuat kuasa pada 3 November telah memberi laluan kepada berlakunya pilihan raya negeri.

SPR pada 4 November lalu mengumumkan PRN Sarawak akan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan untuk pembatalan proklamasi darurat di negeri tersebut.

Tempoh kerajaan Sarawak sepatutnya berakhir pada Ogos lalu tetapi memandangkan perisytiharan darurat di negeri itu ekoran pandemik COVID-19 menyebabkan PRN terpaksa ditangguh sehingga darurat berakhir. – Edisi 9


Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan