26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, September 13, 2024

Mayat bayi membengkak dan membusuk ditemui dekat bendang

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MAYAT bayi perempuan dalam keadaan membengkak dan membusuk ditemui di hujung sawah bendang lorong Taman Serai Muda ke Kampung Padri di Bagan Serai, Kerian, Perak, semalam.

Dalam kejadian pada pukul 8.30 pagi itu, mayat berkenaan ditemui pemilik sawah semasa melalui kawasan tersebut untuk menyambung kerja-kerja membaja.

Menurut Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat, mayat bayi itu ditemui ditinggalkan di atas batas sawah padi dan kali terakhir pesawah berkenaan melalui kawasan itu pada pukul 4.30 petang Ahad lalu selepas menjalankan kerja membaja.

“Mayat bayi perempuan itu dijumpai tanpa balutan atau kain dan telah membengkak serta membusuk.

“Tiada sebarang dokumen atau kesan dijumpai sekitar tempat kejadian. Mayat bayi telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat,” katanya hari ini.

Advertisements

Mazuki berkata, status bayi itu hidup atau mati ketika dilahirkan juga tidak dapat dipastikan susulan organ dalaman sudah hancur, selain punca kematian belum dapat dipastikan.

Menurutnya, siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan
kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil membantu polis atau menghubungi talian Hotline IPD Kerian di talian 05 721 5222.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

JAS sahkan Sungai Tebrau dicemari bau busuk, berminyak

JABATAN Alam Sekitar (JAS) mengesahkan beberapa kawasan Sungai Tebrau, Johor dicemari dengan bau busuk dan permukaan sungai mempunyai lapisan...

Lagi Artikel Berkaitan