25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Vaksin COVID-19 Malaysia masih dalam kajian klinikal

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN sedang melaksanakan kerjasama pembangunan vaksin Covid-19 jenis messenger ribonucleic acid (mRNA) melalui rundingan dengan University of Pennsylvania, Amerika Syarikat dan University of Chulalongkorn, Thailand.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, rundingan tersebut kini berada dalam kajian klinikal fasa 2 dan 3 dan ia turut memberi penekanan melibatkan elemen pemindahan teknologi dan kepakaran.

Beliau berkata, kementerian menyediakan dana dalam bentuk geran yang bertujuan untuk menggalakkan penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (R&D&C&I) dalam memerangi dan membendung pandemik Covid-19.

Advertisements

“Setakat ini sekitar RM15 juta diperuntukkan khusus untuk pembangunan R&D berkaitan Covid-19 dan dana khas untuk Covid-19 juga diwujudkan iaitu MOSTI Combating Covid-19 Fund.

“Buat masa ini, kajian vaksin Covid-19 sedang dilaksanakan oleh beberapa institusi, antaranya Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC) di bawah Universiti Malaya; Universiti Putra Malaysia; Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), KKM; dan Institut Penyelidikan Veterinar,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Mohd Hatta Ramli (PH- Lumut) yang meminta kerajaan menyatakan usaha kementerian untuk terus menggalakkan pemain tempatan terlibat dalam pengeluaran vaksin Covid-19 dan apakah insentif yang disediakan kepada pemain industri ini. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan