24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Hilang deposit jika gagal turunkan bahan kempen PRN Melaka

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PARTI politik yang belum menurunkan logo atau bahan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) akan kehilangan deposit pemasangan berjumlah RM5,000 sekiranya tindakan itu tidak dilakukan hingga Jumaat ini.

Memetik laporan Bernama, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah (MPHTJ) Datuk Shadan Othman berkata kira-kira 40 peratus bendera dan bahan kempen termasuk kain rentang dan poster dalam kawasan MPHTJ belum diturunkan sehingga hari ini.

“Setakat ini saya berpuas hati dengan tindakan dilakukan parti politik yang terlibat di kawasan MPHTJ namun ada sebahagian kecil masih belum berbuat demikian.

“Justeru, saya menggesa parti politik terlibat untuk segera berbuat demikian sebelum Jumaat ini agar tidak kehilangan deposit mereka,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya hari ini.

Advertisements

Beliau berkata tindakan menurunkan bahan kempen dengan kadar segera bagi memelihara keindahan dan kebersihan Melaka sebagai negeri pelancongan sekali gus memberi keselesaan kepada pelancong yang berkunjung ke negeri itu.

Dalam perkembangan lain, katanya MPHTJ telah menerima tempat kedua Anugerah Penghargaan Bandar Mampan 2021 bagi kategori pihak berkuasa tempatan (PBT) daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 9 November lepas.

Katanya, pengukuran Bandar Mampan di Malaysia dilaksanakan berasaskan kerangka Jaringan Penunjuk-Penunjuk Bandar Malaysia meliputi lima strategi, enam dimensi, 20 tema dan 39 penunjuk yang dibentuk berdasarkan dasar pembangunan utama negara berkaitan ekonomi, sosial dan fizikal.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan