31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

BN bertanding semua kerusi, pertaruh 86% muka baharu

Mesti Baca

BARISAN Nasional (BN) sah akan bertanding kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dengan 86 peratus daripadanya muka-muka baharu dalam pilihan raya negeri (PRN) pada 20 November ini.

Dengan pengumuman yang dibuat Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini bermakna BN dan UMNO akan turut ‘melanggar’ kerusi yang akan ditandingi sekutunya dalam Muafakat Nasional (MN), Pas.

Daripada 28 kerusi tersebut, UMNO meletakkan 20 orang calon sementara tujuh kerusi oleh MCA dan satu kerusi untuk MIC.

Walaupun ada dakwaan BN meminggirkan calon Wanita UMNO, ternyata dakwaan itu silap apabila tiga wakil pergerakan itu dicalonkan, seorang dari calon Puteri UMNO manakala empat wakil Pemuda UMNO turut dipertaruhkan.

MCA turut menampilkan seorang calon wanitanya yang baru berusia 29 tahun.

Sementara itu seperti dijangka Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh akan bertanding di kerusi DUN Tanjung Bidara manakala Timbalannya, Datuk Mohamad Ali Mohamad pula di DUN Sungai Udang.

Rauf sebelum ini disebut-sebut akan bertanding dalam PRN Melaka bagi membuka peluang kepadanya untuk menduduki kerusi Ketua Menteri sekiranya BN dapat membentuk kerajaan di negeri itu.

Bekas Setiausaha Kerja UMNO itu sebelum ini ‘terlepas peluang’ menjadi Ketua Menteri ketika kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana beliau bukan anggota DUN dan kemudian memilih Datuk Seri Sulaiman Md Ali (Lendu) untuk memimpin negeri Melaka sehingga ‘dijatuhkan’ oleh empat ADUN yang menarik balik sokongan pada bulan lalu.

Sementara itu Mohamad Ali berkemungkinan besar berpeluang untuk menentang bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron yang menjadi salah seorang ADUN yang menarik sokongan kepada kerajaan negeri sehingga PRN Melaka terpaksa diadakan.

Mohamad Ali sebelum ini mencabar Idris untuk menentangnya di mana-mana kerusi yang mahu ditandingi.

Turut menarik perhatian ialah pencalonan pelakon Datuk Khaidhiriah atau Dira Abu Zahar yang akan bertanding di DUN Rim. Anak bekas ketua menteri, Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Ithnin itu adalah Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Selain itu, BN masih mengekalkan tiga penyandang yang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) iaitu Sulaiman (Lendu), Datuk Rahmad Mariman (Ayer Molek) dan Datuk Zaidi Atan (Serkam).

Sementara itu, Datuk Lim Ban Hong kembali dicalonkan untuk merampas kerusi DUN Klebang, yang disandang beliau pada PRU-13.

Beliau tewas dalam PRU-14 tetapi dilantik sebagai Senator di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Turut dicalonkan semula ialah Datuk Abdul Razak Abdul Rahman yang tewas kepada Datuk Noor Effandi Ahmad (PH/Bersatu) di Telok Mas dalam PRU-14 lalu.

Seorang lagi calon yang tewas dalam PRU-14 lalu tetapi dicalonkan semula ialah Datuk Koh Chin Han di DUN Bemban.

Berikut senarai calon BN:

N01: Kuala Linggi – Rosli Abdullah
No2: Tanjung Bidara – Datuk Seri Ab Rauf Yusoh
No3: Ayer Limau – Hameed Mytheen Kunju Basheer
No4: Lendu – Datuk Seri Sulaiman Md Ali (Penyandang)
N05: Taboh Naning – Zulkiflee Datuk Seri Mohd Zain

N06: Rembia – Datuk Muhamad Jailani Khamis
N07: Gadek – P. Shanmugam
N08: Machap Jaya – Ngwe Hee Sem
N09: Durian Tunggal – Zahari Abd Kalil
N10: Asahan – Fairul Nizam Roslan

N11: Sungai Udang – Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad
N12: Pantai Kundor – Tuminah Kadi
N13: Paya Rumput – Datuk Rais Yasin
N14: Klebang – Datuk Lim Ban Hong (Dicalonkan semula)

N15: Pengkalan Batu – Datuk Kalsom Nordin
N16: Ayer Keroh – Yong Fun Juan
N17: Bukit Katil – Datuk Wira Hasnoor Sidang Husin
N18: Ayer Molek – Datuk Rahmad Mariman (Penyandang)

N19: Kesidang – Leong Hui Yin
N20: Kota Laksamana – Benjamin Low Chin Hong
N21: Duyong – Mohd Noor Helmy Abdul Halem
N22: Banda Hilir – Lee Kah Sean
N23: Telok Mas – Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (Dicalonkan semula)

N24: Bemban – Datuk Koh Chin Han (Dicalonkan semula)
N25: Rim – Datuk Khaidhirah Abu Zahar
N26: Serkam – Datuk Zaidi Atan (Penyandang)
N27: Merlimau – Dr Muhamad Akmal Saleh
N28: Sungai Rambai – Siti Faizah Abdul Azis

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan