32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

344 kompaun dikeluarkan dalam tempoh ME ke-46

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 344 kompaun telah dikeluarkan kepada individu dalam aktiviti penguatkuasaan yang dilakukan di bawah Akta 342 dalam tempoh Minggu Epidemiologi (ME) ke-46.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan peningkatan sebanyak 37 peratus berbanding minggu sebelumnya.

“Peningkatan kompaun yang dikeluarkan ini menunjukkan masih ramai penduduk Malaysia yang alpa terhadap pengamalan SOP sebagai pencegahan COVID-19 seterusnya berisiko tinggi untuk menyebarkan atau mendapat jangkitan COVID-19,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, daripada jumlah 373 kompaun yang telah dikeluarkan tersebut, sebanyak 344 kompaun dikenakan ke atas individu (peningkatan 37 peratus) berbanding 251 kompaun pada minggu sebelumnya.

“Sementara itu, sebanyak 29 ke atas pertubuhan perbadanan dan 66 penutupan premis (peningkatan 1.6 peratus) turut dikenakan berbanding 63 penutupan minggu sebelumnya,” katanya.

Jelasnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan.

“Elakkan 3S (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat). Amalkan 3W (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

“Patuhlah kepada Prosedur Operasi standard (SOP) sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok.

“Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita, “katanya.

Kata beliau, KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO.

“KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan