26.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 29, 2022

3.78 juta kenderaan dikesan belum perbaharui lesen

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 3.78 juta kenderaan di seluruh negara direkodkan didapati belum memperbaharui lesen kenderaan motor (LKM) sehingga 15 November lalu.

Memetik laporan Metro Online, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Aedy Fadli Ramli berkata, pihaknya menjangkakan akan berlaku kesesakan luar jangka untuk proses berkenaan menjelang tarikh akhir pada 31 Disember nanti.

“Kita memang menjangkakan berlaku serbuan pada saat-saat akhir kerana situasi itu adalah perkara biasa yang berlaku setiap kali tarikh akhir sudah semakin dekat.

“‘Serbuan’ luar jangka oleh orang awam itu nanti bukan sahaja akan berlaku di pejabat JPJ, malah ia juga berlaku di pejabat pos,” katanya pada sidang media selepas mengetuai Operasi Bersepadu di Plaza Tol Sungai Besi, di Serdang, malam tadi.

Turut hadir dalam operasi itu adalah Pengarah JPJ Kuala Lumpur Mohd Zaki Ismail dan Pengarah JPJ Negeri Sembilan Hanif Yusabra Yusuf.

Baca juga:   Siri plat RAP dibuka bidaan seminggu

Aedy berkata, pihaknya juga akan membuka kaunter JPJ yang berkaitan di seluruh negara pada hujung minggu mulai hari ini dalam usaha mengurangkan kesesakan bagi urusan memperbaharui LKM.

“Malah pada hari biasa (hari bekerja), kita juga akan melanjutkan waktu operasi kaunter dari jam 4 petang kepada jam 5 petang termasuk di Pusat Transformasi Bandar (UTC).

“Pada masa sama, kami menggalakkan orang ramai yang mahu memperbaharui LKM yang tiada kesulitan dalam urusan terbabit supaya melakukannya secara dalam talian bagi mengelakkan kesesakan di kaunter,” katanya.

Baca juga:   Utama kerja pembaikan kerosakan akibat banjir - Zafrul

Beliau berkata, buat masa kini, pihaknya masih memberi peluang kepada orang ramai yang belum memperbaharui LKM memandangkan masih di dalam tempoh moratorium perbaharui LKM sehingga 31 Disember ini.

“Sekiranya tiada arahan daripada kerajaan untuk menyambung moratorium perbaharui LKM selepas tempoh berkenaan, kita akan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang sedia ada.

“Justeru, saya menasihatkan orang ramai supaya segera memperbaharui LKM kenderaan mereka di mana-mana kaunter JPJ, pejabat pos atau di UTC selain secara dalam talian,” katanya.

Dalam Operasi Bersepadu itu yang dijalankan bermula jam 8 malam hingga 12 tengah malam tadi, seramai 188 pegawai dan anggota termasuk Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta Jabatan Alam Sekitar (JAS) selain JPJ.

Katanya, buat julung kalinya, pihaknya mengadakan operasi bersepadu membabitkan tiga cawangan negeri JPJ iaitu Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

Baca juga:   Jangan terpedaya iklan 'lesen terbang' di Telegram - JPJ

“Sebanyak 3,210 kenderaan diperiksa dan 596 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi ini,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Pensyarah UiTM buat gangguan seksual ditamatkan perkhidmatan

SEORANG pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap bekas penuntutnya sebelum ini telah ditamatkan perkhidmatannya...

Lagi Artikel Berkaitan