25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Rentas negeri tinggal 0.9 peratus sahaja lagi – Khairy

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Berbaki 0.9 peratus sahaja lagi untuk mencapai kadar lengkap 90 peratus vaksinasi Covid-19 populasi dewasa sehingga sempadan negeri dibuka.

Menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, prosedur operasi standart (SOP) sedia ada kekal di restoran, rumah ibadat, tempat awam dan lain-lain lagi.

Beliau juga menasihatkan agar orang ramai membuat ujian kendiri terlebih dahulu sebelum balik kampung atau melancong.

“Tingkatkan penilaian kendiri TRIIS (ulang, hafal dan hadam),” kongsinya dalam satu ciapan di Twitter rasminya pagi ini.

Untuk rekod, TRIIS merupakan singkatan bagi Penilaian Kendiri Covid-19 bagi Test, Report, Isolate, Inform dan Seek.

Melalui singkatan test orang ramai yang mengalami simptom-simptom jangkitan seperti selsema, demam, batuk dan lain-lain lagi disarankan segera melakukan ujian saringan Covid-19.

Kemudian bagi terma report, orang ramai perlu melaporkan keputusan saringan secepat mungkin ke aplikasi MySejahtera.

Melalui terma isolate pula, orang ramai perlu melakukan kuarantin atau pengasingan dengan segera dan penuh disiplin sekiranya positif Covid-19. Patuhi perintah HSO yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Bagi terma inform pula, segera memaklumkan kepada kontak rapat sekiranya keputusan pengesahan Covid-19 anda positif. Malah, segera memaklumkan kepada pihak berwajib atau CAC sekiranya situasi kesihatan diri semakin merosot semasa menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Akhir sekali seek pula ialah dapatkan rawatan segera di pusat-pusat perubatan atau CAC berhampiran sekiranya alamak gejala berat seperti kesukaran bernafas dan suhu badan terlalu tinggi.

Khairy menyeru kepada orang ramai untuk sama-sama ke arah #ReopeningSafely.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata penetapan 90 peratus vaksinasi sebelum kebenaran rentas negeri dibuat adalah bagi memastikan semua negeri berpeluang diberi kelonggaran sama.

Ismail Sabri berkata pihaknya percaya tempoh untuk membenarkan rentas negeri sudah semakin hampir dan ia akan terus diumumkan sebaik negara mencapai 90 peratus vaksinasi.

-EDISI9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan