26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Penyelia asrama dipenjara sehari, denda RM8,000

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENYELIA asrama sebuah sekolah agama dipenjara sehari dan didenda RM8,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh, Perak, hari ini, atas dakwaan menerima suapan sebanyak RM5,800 berkaitan tuntutan pembekalan makanan sekolah, empat tahun lalu.

Memetik laporan Harian Metro, tertuduh, Muhamad Rozi Ahmad Puad, 36, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim S Indra Nehru berdasarkan pertuduhan pilihan dikenakan ke atasnya iaitu mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan pertuduhan pilihan itu, dia yang ketika kejadian bertugas sebagai penjawat awam iaitu penyelia asrama di Sekolah Menengah Agama (SMA) Al-Ulum al-Syar’iyyah di Bagan Datuk secara rasuah menerima wang tunai RM5,800 melalui kemasukan ke akaun bank milik tertuduh.

Suapan itu sebagai upah tidak membuat sebarang pemotongan terhadap tuntutan kontraktor perkhidmatan bekalan makanan bermasak pada Julai 2017 yang mana kesalahan itu dilakukan di sekolah berkenaan pada 31 Julai 2017.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pertuduhan dibacakan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 iaitu menerima suapan sebagai upah untuk tidak membuat sebarang pemotongan terhadap tuntutan kontraktor perkhidmatan bekalan makanan pada tarikh, waktu, dan di lokasi sama.

Jika sabit kesalahan menerusi pertuduhan pilihan terbabit, dia boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan jika dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Maziyah Mansor dengan tertuduh tidak diwakili peguam.

Indra Nehru turut menetapkan tertuduh dihukum penjara lapan bulan jika gagal membayar denda RM8,000 yang dikenakan.

-EDISI9

Terkini

GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf jadi Institut Malaysia-China

PUSAT GiatMARA Bagan Datuk, Perak bakal dinaikkan taraf sebagai Institut Malaysia-China (MCI) yang akan memberi fokus dalam TVET bidang...

Lagi Artikel Berkaitan