26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, August 19, 2022

Bantuan khas penjawat awam RM700, pesara RM350

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN mengumumkan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah sebanyak RM700 manakala RM350 kepada sejuta pesara.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bantuan khas itu melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM1.3 bilion.

“Selain itu, bagi mengiktiraf pengorbanan penjawat awam khususnya petugas barisan hadapan, beliau berkata gantian cuti rehat (GCR) turut dinaikkan daripada maksimum 150 hari kepada 160 hari.

“Di samping itu, kerajaan juga akan melaksanakan kemudahan membenarkan penebusan awal GCR sehingga 50 peratus atau 80 hari.

“Kemudahan ini mengambil kira keperluan penjawat awam seperti menunaikan haji atau membiayai pengajian tinggi anak,” katanya ketika mebentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat hari ini, lapor Bernama.

Dalam perkembangan sama, Tengku Zafrul berkata, kerajaan turut memberikan bayaran insentif sebanyak RM200 kepada Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 dan Pembantu Perawatan Kebajikan Gred U11 dan U14 yang bertugas di 24 institusi kebajikan yang terlibat secara langsung dalam perkhidmatan menjaga dan merawat penghuni warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan pesakit mental.

Baca juga:   SPRM ada kuasa siasat pegawai awam termasuk hakim

“Kerajaan juga bercadang untuk menambah baik beberapa kemudahan anggota perkhidmatan awam antaranya, menurunkan kadar keuntungan skim pembiayaan komputer dan telefon pintar untuk penjawat awam daripada empat kepada dua peratus,” katanya.

Selain itu, Tengku Zafrul berkata kerajaan akan memperuntukkan RM365 juta antaranya bagi menyelenggara kuarters dan bangunan guna sama di bawah seliaan Bahagian Pengurusan Hartanah.

Baca juga:   SPRM ada kuasa siasat pegawai awam termasuk hakim

“Selain itu, meneruskan inisiatif Perlindungan Kemalangan Diri sehingga RM100,000 untuk manfaat 40,000 peminjam baharu LPPSA. Skop perlindungan ini akan diperluas dengan penambahan tiga jenis perlindungan baharu merangkumi hilang upaya separa, sebahagian dan kekal, badal haji serta perbelanjaan pemulihan kecederaan disebabkan kemalangan.

“Meningkatkan Kadar Bayaran Insentif Pengawasan Banduan daripada 150 kepada RM200 sebulan yang bakal memanfaatkan lebih 14 ribu pegawai penjara.

“Sebagai tambahan, elaun ini juga dipanjangkan kepada 775 pegawai kader di institusi penjara yang terlibat dalam tugas pengawasan banduan.

“Dalam masa yang sama, meningkatkan Elaun Penugasan Sukarelawan Simpanan Polis (atau PVR) daripada RM7.80 sen kepada RM9.80 sen sejam untuk pegawai; dan daripada RM6 kepada RM8 sejam untuk anggota. Kenaikan ini bakal memanfaatkan hampir 10,000 PVR,”katanya. – Edisi 9

Terkini

Lelaki curi seluar dalam wanita dipenjara dua tahun

SEORANG lelaki dijatuhkan hukuman penjara 24 bulan atau dua tahun di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, Sabah, hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan