28.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Bajet 2022: RM4.8 bilion sektor pekerjaan, atasi pengangguran

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERUNTUKAN RM4.8 bilion terhadap sektor pekerjaan merupakan langkah yang bersesuaian buat negara untuk mengatasi masalah pengangguran.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, pengumuman itu juga secara tidak langsung dapat menyediakan sebanyak 600,000 peluang pekerjaan.

“Peruntukan yang begitu besar boleh melahirkan peluang pekerjaan terhadap warga tempatan dan ini juga akan mengurangkan kadar pengangguran bawah empat peratus.

“Selain itu, tambahan RM1.1 bilion juga bagi tujuan reskill dan upskill akan memberi impak positif terhadap kadar pengangguran,” katanya pada sidang media selepas sesi pembentangan Bajet 2022 di Dewan Rakyat hari ini, lapor Astro Awani.

Selain itu, Saravanan turut mengulas mengenai tambahan peruntukan sebanyak RM80 juta yang dikhaskan kepada golongan suri rumah dari segi caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ujarnya, langkah yang disyorkan Kementerian Kewangan itu mampu memberi peluang tambahan terhadap golongan wanita yang terkesan akibat COVID-19.

Saravanan berkata, pihaknya menyasarkan peluang kerja yang bakal diwujudkan bersifat kompeten yang memenuhi cabaran masa depan serta Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

Sebelum ini, Statistik Tenaga Buruh oleh Jabatan Perangkaan Malaysia mendapati pengangguran di Malaysia meningkat kepada 768,700 orang atau pada kadar 4.8 peratus Jun lalu.-Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan