31.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Akses ke pejabat Exco disekat di Seri Negeri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AYER KEROH – Akses ke pejabat Exco Kerajaan negeri di Seri Negeri mula disekat, hari ini.

Menurut sumber, setakat ini beberapa kakitangan terlibat perlu mengemas dan melakukan persiapan sebelum ditutup sepenuhnya.

“Pejabat dah tak boleh akses masuk menggunakan kad, jadi kena kemas siap-siap untuk persediaan seterusnya.

“Ada kakitangan lain juga dipindahkan ke Japerun di Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing setakat ini.

“Difahamkan hampir kesemua pejabat telah ditutup hari ini, malah bagi empat pejabat Exco yang terlibat telah memindahkan barangan masing-masing dan ditutup sejak semalam,” katanya lapor Melaka Hari Ini.

Terdahulu, empat Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) kerajaan negeri telah menyerahkan surat ketidakpercayaan kepada Pejabat Ketua Menteri, semalam.

Empat ADUN itu adalah Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ir. Idris Haron (ADUN Sungai Udang), ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee, ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan dan ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad.-Edisi 9

Baca juga:   Penunggang motosikal maut, langgar pembahagi jalan

Wartawan

Terkini

Principal lancar Dana, pelaburan mampan patuh syariah

PRINCIPAL Malaysia (Principal) memperkenalkan dana pelaburan patuh syariah yang direka untuk memenuhi permintaan pelabur Malaysia bagi pelaburan mampan yang...

Lagi Artikel Berkaitan