28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Tanah runtuh Cameron Highlands: Ibu maut, anak cedera

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Seorang wanita maut, manakala anaknya pula cedera dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Sungai Palas, Cameron Highland, Pahang hari ini.

Dalam kejadian tersebut, mangsa, K. Vijaya, 59, maut tertimbus runtuhan tanah manakala anak perempuannya berusia 29 tahun cedera.

Manakala, suami dan seorang lagi anak perempuan mangsa sempat menyelamatkan diri dari kejadian berkenaan.

Memetik laporan Kosmo, Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Shahrulnizam Nasir berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.30 petang.

“Setibanya anggota di lokasi, didapati terdapat tanah runtuh yang membawa lumpur dan pokok tumbang hingga meranapkan sebuah rumah.

“Semasa kejadian terdapat empat orang di dalam rumah tersebut namun mangsa terperangkap di dalam runtuhan manakala tiga ahli keluarga lain sempat menyelamatkan diri,” katanya.

Shahrulnizam berkata, wanita yang maut berkenaan berjaya ditemui pada pukul 5:41 petang dan jengkaut digunakan untuk mengeluarkan mangsa yang tertimbus.

Pasukan bomba berjaya menemui wanita yang maut berkenaan pada pukul 5.41 petang. Kredit: Bomba Pahang

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Menurut Shahrulnizam, hujan lebat selama dua jam sebelum kejadian dipercayai telah menyebabkan pergerakan tanah di bahagian atas hingga mengakibatkan sebahagian rumah roboh dihanyut air.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan