24.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023

Speaker tolak usul bahas kematian Adib di Parlimen

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat menolak usul untuk membahaskan isu kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, yang dikemukakan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer kepada Speaker Dewan Rakyat, pagi tadi.

Memetik laporan Berita Harian, Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, ketika menjelaskan alasan penolakan itu meminta Rayer mengemukakan persoalan dalam usul berkenaan ketika sesi jawab lisan.

“Usul itu terpaksa saya tolak kerana pertama, ia tidak menyatakan kenapa ia perlu disegerakan.

“Kedua, usul itu adalah di bawah (Peraturan Mesyuarat) 18(1), merundingkan sesuatu perkara tetapi malangnya usul Yang Berhormat adalah untuk menggesa Kabinet untuk menyuruh menteri menjawab soalan.

“Kalau kalau kita mahu buat sesuatu gesaan itu, terpaksalah Dewan membuat sesuatu ketetapan itu. (Peraturan Mesyuarat) 18(1) tidak boleh digunakan untuk membuat ketetapan, di bawah 18(1) cuma untuk merundingkan perkara berkenaan.

Baca juga:   Adakah tangan-tangan kotor dari Malaysia terlibat? – Pemuda Pas

“Prosedur yang sepatutnya adalah Yang Berhormat membuat soalan untuk jawab lisan kepada kementerian kerana pihak Yang Berhormat mahukan jawapan menteri.

“Saya rasa itu prosedur yang sepatutnya,” katanya ketika mempengerusikan sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Rayer yang juga seorang peguam kemudian memberitahu menerima keputusan Speaker sambil meminta Azhar memaklumkan perkembangan isu kematian berkenaan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin untuk dijawab.

Ogos tahun lalu, Hamzah ketika menjawab di Parlimen memaklumkan, kertas siasatan kes kematian Adib dirujuk semula ke Jabatan Peguam Negara pada 23 Julai 2020, dengan disusuli beberapa cadangan.

Baca juga:   Piala AFF : Operasi stesen LRT Bukit Jalil dilanjutkan - Rapid KL

Rujukan semula kes itu antara lain mencadangkan supaya 12 suspek yang sebelum ini disyaki terbabit dalam kematian Adib pada 17 Disember 2018 itu, dituduh mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan (KK).

Katanya, cadangan lain yang turut dikemukakan ialah membuka semula inkues untuk siasatan sekiranya mendapat persetujuan Peguam Negara.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Bangun sistem lihat situasi bekalan sayur negara – Mat Sabu

MENTERI Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menayarankan agar kementerian dapat mewujudkan sistem data raya bagi mendapatkan maklumat dalam masa...

Lagi Artikel Berkaitan