27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

MoU intipati perbincangan dijangka dikeluarkan hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KUALA LUMPUR – Kenyataan bersama memorandum persefahaman (MoU) yang melibatkan intipati perbincangan antara pihak kerajaan dan juga pembangkang mungkin akan dikeluarkan hari ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Tan Sri Annuar Musa, berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob secara dasarnya bersetuju dengan syor yang telah dinyatakan menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh kedua-dua pihak setakat ini.

Menurutnya yang dilantik ahli jawatankuasa bagi mewakili kerajaan, ini adalah sebahagian agenda transformasi tersebut yang membabitkan pentadbiran, politik, Parlimen dan tatatkelola kerajaan agar kerajaan lebih inklusif dan mampu menangani masalah negara dalam menghadapi pandemik, ekonomi dan lain-lain dengan lebih baik.

“Dengan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh kedua-dua pihak, kita harap akan ada kenyataan bersama pada hari ini,” katanya ketika hadir Program Penyerahan Bantuan Makanan Kepada Golongan Memerlukan Rumah Prihatin di ibu negara pagi tadi, lapor Astro Awani.

Namun jelasnya, persefahaman itu masih tertaluk kepada syor-syor yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak untuk dimuktamadkan sedikit masa lagi.

Advertisements

“Ia telah dibincangkan secara terperinci, Perdana Menteri dan kabinet setuju untuk jawatankuasa ini sediakan draf untuk dimuktamadkan.

“Setakat ini kita alu-alukan kenyataan pihak Pakatan Harapan dan mereka cenderung untuk bersetuju dengan syor tertaluk beberapa perkara untuk diputuskan,” jelasnya.

Beliau juga menjelaskan apa yang sedang diusahakan ini adalah inisiatif pihak kerajaan yang mempunyai kesungguhan dalam merencanakan transformasi politik yang lebih tersusun.

Perbincangan terhadap memorandum persetujuan ini membabitkan lima wakil daripada pihak kerajaan dan enam daripada blok gabungan parti-parti pembangkang.

Tambahnya, persetujuan antara kedua-dua belah pihak juga berkemungkinan membabitkan perkara-perkara pindaan perlembagaan dan akta sedia ada.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan