31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

MoF akan permudahkan urusan agihan BKC

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA– Kementerian Kewangan (MoF) akan mempermudah segala urusan pengagihan Bantuan Khas COVID-19 (BKC) khususnya kepada masyarakat pendalaman dengan pembayaran tunai kepada mereka yang tidak memiliki akaun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam perkongsian hantaran dalam Facebook memaklumkan perkara itu selepas meninjau secara maya proses pembayaran BKC fasa satu, yang dilaksanakan secara berperingkat menerusi institusi kewangan terpilih.

“Saya berharap bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban Keluarga Malaysia yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

“Saya berkesempatan bertanya khabar dengan penerima BKC di beberapa cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) termasuk di Sabah, Sarawak, Kelantan, Perlis dan Johor secara dalam talian untuk memastikan proses pembayaran bantuan itu berjalan lancar,” katanya.

Dalam sesi itu, beliau juga turut mendapatkan laporan secara langsung daripada Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz yang turun padang meninjau sendiri proses pembayaran di BSN Putrajaya, manakala Timbalannya, Mohd Shahar Abdullah berada di BSN Triang, Pahang.

Semalam, Perdana Menteri telah mengumumkan pengagihan BKC fasa satu yang bermula hari ini diharap mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19.

Dana berjumlah RM3.1 bilion telah pun disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan untuk pembayaran BKC.

BKC akan memanfaatkan seramai 10 juta penerima yang memfokuskan kumpulan sasar terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan. – Edisi 9

Terkini

MQA saran IPT lahirkan lebih ramai profesor praktis

KUALITI pendidikan tinggi negara akan terus meningkat dengan melahirkan lebih ramai 'professor of practice' atau profesor praktis. Ketua Pegawai Eksekutif...

Lagi Artikel Berkaitan