30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Md Amin mahu jadikan UPSI antara universiti terbaik dunia

Mesti Baca

TANJONG MALIM – Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Datuk Prof Dr Md Amin Md Taff memasang iltizam untuk meletakkan nama universiti itu antara yang terbaik di Malaysia dan di dunia.

Menurut beliau, ia menjadi salah satu hala tuju beliau yang digariskan di bawah tiga tumpuan utama mulai tahun ini sehingga 2024.

Beliau berkata, sejak mengambil alih jawatan itu pada Jun lalu, UPSI telah berjaya meletakkan namanya dalam ranking ke 801-1000 THE World Ranking.

“Hala tuju baharu UPSI membabitkan tiga fasa iaitu pertama memberi fokus terhadap visibility (keterlihatan) dalam melonjakkan nama dan imejnya untuk menjadi antara universiti yang terbaik di Malaysia dan di peringkat antarabangsa bagi tahun 2021 dan 2022.

“Fasa kedua, 2022 hingga 2023 memberi fokus kecemerlangan manakala 2023 hingga 2024 memperkasakan kebitaraan agar menjadi rujukan bukan sahaja di dalam negara malahan di peringkat antarabangsa selaras dengan aspirasi Peneraju Kebitaraan Pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan syarahan Aspirasi Naib Canselor secara hibrid yang disaksikan oleh 11,000 kakitangan, mahasiswa dan alumni UPSI.

Md Amin menggantikan Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Mengenai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HiCOE), katanya, UPSI memfokuskan usaha untuk memastikan Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) mencapai tahap HiCOE pada tahun 2023.

Ini diikuti oleh Adventure Leadership & Outdoor Recreation Academy (AURORA), UPSI Edu Forest, Muzium Pendidikan Nasional (MPN) dan Institut Peradaban Melayu (IPM).

“UPSI akan menubuhkan Institut Dasar & Polisi Pendidikan (CAPRI) yang akan menjadi think tank dan penasihat kepada kerajaan dalam polisi-polisi pendidikan yang akan dilaksanakan pada masa hadapan,” katanya.

Md Amin berkata, sebanyak sembilan fokus digariskan antaranya Bitara Scholar, Four Track, Program Malim Sarjana, Kursi Tuanku Zara, Fasiliti@UPSI, Penjanaan, Mahasiswa, Skim Khidmat Budiman serta Inisiatif UPSI@Darul Ridzuan. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan