32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Lebih 40 juta dos vaksin diberikan kepada rakyat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Lebih 40 juta dos vaksin telah diberikan kepada rakyat Malaysia sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dimulakan pada Februari lalu.

Ia membabitkan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin COVID-19 sebanyak 40,375,056 setakat semalam.

Daripada jumlah itu, seramai 18,453, 322 individu telah lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19, atau bersamaan 78.8 peratus populasi dewasa (56.5 peratus jumlah populasi) di bawah program tersebut.

Manakala, seramai 22,001, 266 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin COVID-19 atau bersamaan 93.3 peratus populasi dewasa (67.4 peratus jumlah populasi).

Lembah Klang, Wilayah Persekutuan Labuan dan Negeri Sembilan terus merekodkan peratusan populasi dewasa bagi dos kedua suntikan vaksin melebihi 90 peratus.

Lembah Klang dengan sebanyak 106.5 peratus, Wilayah Persekutuan Labuan (97.6 peratus) dan Negeri Sembilan (93.7 peratus).

Bagi laporan pemberian vaksin harian semalam, sejumlah 219,081 dos vaksin COVID-19 telah diberikan kepada penerima berdasarkan data yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).

Daripada jumlah itu, seramai 60,773 individu menerima dos pertama suntikan vaksin COVID-19 manakala seramai 158,308 individu menerima dos kedua suntikan.

Putrajaya terus merekodkan sifar pemberian vaksin bagi dua hari berturut-turut. – Edisi 9

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH/BN wakili kerajaan perpaduan

CALON Pakatan Harapan/Barisan Nasional (PH/BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu akan mewakili...

Lagi Artikel Berkaitan