32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, September 24, 2021

Kerajaan lulus PSU 1.0 berjumlah RM12.836 bilion

Mesti Baca

CYBERJAYA – Kerajaan telah meluluskan permohonan subsidi upah bernilai RM12.936 bilion di bawah Program Subsidi Upah 1.0 (PSU 1.0) yang memanfaatkan 322,177 majikan dan 2.64 juta pekerja setakat 3 September lalu.

Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, bagi PSU 2.0, sejumlah RM1.373 bilion telah disalurkan kepada 79,703 majikan untuk terus beroperasi dan memastikan 701,161 pekerja di negara ini dapat mengekalkan pekerjaan mereka sehingga 3 Sept lepas.

Beliau berkata di bawah PSU 3.0, sebanyak RM1.051 bilion telah disalurkan kepada 70,676 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan pekerjaan bagi 697,872 pekerja setakat 29 Ogos lepas.

“Bagi PSU 4.0, sebanyak RM382.37 juta telah disalurkan kepada 58,988 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan pekerjaan bagi 637,107 pekerja setakat 29 Ogos 2021,” katanya dalam Laporan LAKSANA ke-68 hari ini.

Tengku Zafrul berkata, bagi sokongan penggunaan teknikal dan digital perusahaan kecil dan sederhana dan syarikat di peringkat pertengahan, sejumlah RM82.9 juta telah disalurkan kepada 13,884 perniagaan dalam bentuk geran dan pinjaman untuk langganan perkhidmatan digitalisasi setakat 3 September 2021.

Baca juga:   Status quo Pas di Kelantan kekal sehingga PRU-15

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, sebanyak RM5.33 juta di bawah Inisiatif Pemulihan CENDANA telah disalurkan sehingga 3 September lalu.

Beliau berkata, inisiatif bagi membantu para penggiat seni aktif kembali dengan memperuntukkan RM10,000 dan memberi manfaat kepada 3,000 penerima dalam kalangan seniman dan pertubuhan berkaitan seni dan budaya.

Baca juga:   MoF jemput kongsi pandangan penyediaan Bajet 2022

“Penerima menerima saiz geran yang berbeza bergantung kepada permohonan dan program yang disasarkan. Setakat 3 September, sebanyak RM5.33 juta telah disalurkan kepada 539 penerima,” katanya.

Bagi elaun barisan hadapan pula, setakat 3 September, sebanyak RM1.024 bilion telah disalurkan berdasarkan 2,769,382 tuntutan yang terdiri daripada doktor, jururawat dan kakitangan perubatan lain yang terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pembendungan wabak COVID-19.

Katanya, elaun khas ini juga dipanjangkan kepada anggota tentera, polis, kastam, imigresen, bomba, anggota Angkatan Pertahanan Awam serta anggota RELA yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – Edisi 9

Terkini

37,144 remaja di Johor sudah menerima vaksin

JOHOR BAHRU - Seramai 37,144 remaja sudah menerima sekurang-kurangnya suntikan dos pertama vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan...

Lagi Artikel Berkaitan