26.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 8, 2022

Johor terus rekod terima dos vaksin harian tertinggi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Johor terus merekodkan jumlah pemberian vaksin COVID-19 harian tertinggi, dalam usaha meningkatkan kadar vaksinasi di negeri itu.

Semalam, daripada jumlah keseluruhan 326,476 dos diberikan kepada penerima, Johor sahaja menerima sejumlah 26,525 dos pertama, manakala 31,855 bagi dos kedua.

Setakat 7 September, pukul 11.59 malam, daripada jumlah keseluruhan pemberian vaksin tersebut, seramai 134,307 individu telah menerima sekurang-kurangnya dos pertama.

Manakala, seramai 192,169 individu telah menerima dos kedua sekaligus melengkapkan vaksinasi mereka dibawah Program Imunisasi COVID -19 Kebangsaan (PICK).

Sementara itu, berdasarkan laporan yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), dua negeri masih lagi merekodkan peratusan populasi dewasa bagi dos kedua vaksin COVID-19 dibawah 50 peratus.

Negeri tersebut adalah Sabah dengan 46.1 peratus dan Kelantan (49.9 peratus).

Bagaimanapun, seramai 16,299,881 individu telah melengkapkan vaksinasi mereka setakat semalam, atau bersamaan 69.6 peratus populasi dewasa.

Baca juga:   Malaysia sedang bangun pelalian titis dalam mulut

Manakala, seramai 20,814, 413 individu telahpun menerima sekurang-kurangnya dos pertama vaksin COVID-19 atau bersamaan 88.9 peratus populasi dewasa.

Sehingga semalam, sebanyak 37,071, 789 jumlah kumulatif pemberian dos vaksin COVID-19 telah diberikan kepada rakyat Malaysia. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Kod pakaian menteri Kabinet jadi perhatian warganet

KOD etika pakaian bagi menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan nampaknya ada perubahan ketara sehingga mendapat perhatian warganet. Sejak hari pertama kerajaan...

Lagi Artikel Berkaitan