24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, August 19, 2022

Tarik sokongan PN pengkhianat bangsa – QIAM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Pertubuhan Gerakan QIAM menyifatkan tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan kumpulan yang menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai pengkhianat bangsa.

Presidennya, Datuk Sirajuddin Salleh berkata, pihaknya harap agar orang UMNO dan rakyat keseluruhannya jangan sekali-kali memberi undi kepada muka-muka pengkhianat bangsa ini pada mana-mana Pilihanraya Umum (PRU) sekalipun.

“Keputusan telah dibuat bahawa usul undi percaya akan dibentangkan pada sidang Parlimen September ini. 

“Adakah kerana ketegasan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mahu campur-tangan dengan urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa mereka yang sedangdidakwa menyebabkan mereka beria-ia hendak jatuhkan Perdana Menteri dan Kerajaan PN? 

“Apakah mereka sanggup merosakkan sistem kehakiman negara dengan memberikan gambaran bahawa ianya boleh dimanipulasi oleh pihak luar? 

“Justeru, QIAM sekali gus bantah sekeras-kerasnya sebarang campur-tangan luar dalam sistem kehakiman negara.

“Jangan sampai rakyat jelata mengatakan undang-undang dan kehakiman negara hanya untuk rakyat jelata sahaja sedangkan gulungan kayangan bebas dari tindakan mahkamah,” katanya menerusi kenyataan media di sini.

Beliau berkata, lebih sejuta rakyat yang telah dijangkiti COVID-19 dan lebih 11,000 yang meninggal dunia.

“Malangnya puak-puak pembangkang yang kami kira hilang sifat kemanusiaan mereka, asyik menyerang Perdana Menteri dan kerajaan serta menuntut supaya berundur. 

“Mereka tidak habis-habis menuntut supaya sidang Parlimen diadakan segera dengan harapan dapat mereka usulkan undi tidak percaya agar kerajaan ini tumbang dan mereka dapat ambil alih kuasa. 

Baca juga:   PN kecewa, bakal hantar delegasi jumpa PM
Baca juga:   BKC antara bantuan berterusan sehingga hujung tahun

“Apabila Parlimen bersidang 26 Julai lalu, mereka melalak melaung, bukannyamengemukakan cadangan yang bernas bagi mengatasi COVID-19. 

“Apabila Parlimen ditangguhkan kerana COVID-19 pun mereka tidak percaya.

“Hari ini kerajaan mengesahkanseorang pegawai Parlimen pada sesi berkenaan telah meninggal di samping ramai lagi yang dijangkiti COVID-19.

“Apakah masih tidak percaya? Agaknya jika pemimpin-pemimpin pembangkang yang meninggal, baru mereka percaya.

“Tidak cukup dengan itu, puak pembangkang mengadakan demonstrasi jalanan. Apakah tujuan mereka agar media luar negara melaporkan Malaysia dalam keadaan huru-hara? Pelabur asing menjadi takut untuk melabur di sini.

“Bagaimana dapat dipulihkan ekonominegara jika inilah perbuatan mereka? Perbuatan khianat ini tidak harus dimaafkan. Apakah laungan perpaduan selama ini hanya untuk rakyat jelata sahaja?,” katanya. 

Lebih dahsyat lagi katanya, apabila Presiden UMNO umumkan pada 3 Ogos lalu bahawa UMNO tarik sokongan dari kerajaan PN. 

“Sekumpulan Ahli-Ahli Parlimen UMNO juga turut tarik sokongan mereka. Apakah mereka ingin berpakat dengan DAP dan PKR untuk bentukkerajaan baru? Apakah mereka lupa siapa itu DAP setelah melihat 22 bulan DAP dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH)? Butakah mata hati mereka? Apakah mereka juga lupa siapa itu Pemimpin PKR? Bukankah Perhimpunan Agong UMNO sudah buat resolusi “NO DAP, NO ANUAR”,”katanya.

Sementara itu, QIAM turut mempersoalkan siapakah yang mereka (pihak pembangkang) mahu jadikan Perdana Menteri. 

Baca juga:   'Saya lebih rela dipecat daripada membodek’ -Annuar

“Adakah mereka punyai seorang tokoh yang layak dan berkaliber? Disatu segi pula, jika ditukar Perdana Menteri sekali pun, apakah masalah COVID-19 ini boleh mereka hapuskan sekelip mata? 

“Apakah buta mata hati mereka untuk melihat bahawa negara-negara di dunia termasuk negara besar sekali pun masih bergelut memerangi wabak COVID-19 ini?

Baca juga:   Saya tak berminat nak cari no. 2 - Tengku Zafrul

“Di atas persoalan yang dibangkitkan ini, QIAM dengan rendah hati menyeru Presiden UMNO dan orang-orangnya supaya bertaubatlah dan balik semula ke pangkal jalan bersama Perdana Menteri dan Kerajaan PN. 

“Batalkanlah usul undi percaya. QIAM juga menyeru Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai negarawan ulung untuk membimbing dan membawa pemimpin-pemimpin UMNO, PAS, BERSATU supaya berbaik semula membentuk tulang belakang yang kuat sebagai Kerajaan negara ini,”katanya.-Edisi 9 

Terkini

Lelaki curi seluar dalam wanita dipenjara dua tahun

SEORANG lelaki dijatuhkan hukuman penjara 24 bulan atau dua tahun di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, Sabah, hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan