29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Politik tidak stabil, PRU wajar diadakan – Tuan Ibrahim

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Pilihan raya umum (PRU) mungkin boleh diadakan dalam suasana norma baharu jika situasi politik tidak stabil, kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurut beliau, melihat situasi politik ketika ini yang tidak stabil gara-gara dicetuskan oleh kumpulan dalam UMNO yang menyebelahi Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Situasi politik sehari dua ini nampak tidak stabil khususnya setelah UMNO meminta ahli parlimennya menarik diri daripada kerajaan PN,” katanya lapor portal Harakah Daily.

Beliau merujuk 14 Ahli Parlimen UMNO diketuai Zahid yang bertindak menghantar surat akuan kepada Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini manakala satu lagi kumpulan bersama Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal setia dalam kerajaan PN.

Tuan Ibrahim berkata, persediaan untuk menghadapi PRU dalam norma baharu perlu dilakukan dan diterima para pendukung Pas, apabila tiada lagi aktiviti kempen sekiranya pandemik COVID-19 -masih lagi menular.

“Jadi kita kena bersiap sedia dengan suasana baru. Memanglah pada peringkat awal susah laksanakan norma baharu ni, namun lama-lama Insya-Allah.

“Pelaksanaan norma baharu dirasai dalam kehidupan harian sekarang, malah turut melibatkan ceramah, mesyuarat serta perjalanan PRU-15,” katanya lagi.

Jelasnya, poster kempen juga mungkin tidak akan kelihatan lagi sekiranya PRU diadakan kali ini.

Tindakan pemimpin politik daripada kumpulan Presiden interim UMNO, Zahid dan blok pembangkang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta parti kecil lain yang cuba menumbangkan kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ini.

Setelah beberapa kali gagal untuk menumbangkan kerajaan PN, kumpulan Zahid dan Anwar dilaporkan mengutus surat terbaharu kepada Yang di-Pertuan Agong mendakwa Muhyiddin tidak mempunyai majoriti.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong sudah memperkenankan rancangan Muhyiddin untuk mengemukakan usul percaya terhadap kepimpinan beliau bagi membuktikan keabsahannya sebagai Perdana Menteri yang memiliki majoriti Parlimen.

Usul itu dijangka dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat yang bakal bermula 6 September ini. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan