27.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 6, 2022

PM janji PRU-15 sebelum akhir Julai 2022

Mesti Baca

Lukman Ismail
Editor Edisi 9

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat aku janji akan melaksanakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sebelum bulan Julai 2022 berakhir.

Bagaimanapun, kata Muhyiddin, segalanya bergantung kepada keadaan pandemik COVID-19.

Beliau berkata, dalam keadaan kemelut politik hari ini, adalah wajar mandat dipulangkan semula kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang baharu apabila tiba masa yang lebih sesuai.

“Saya tidak berhasrat untuk terus berpaut pada dahan kuasa. Dalam keadaan ini, adalah wajar mandat dipulangkan semula kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang baharu apabila tiba masa yang lebih sesuai.

“Justeru, bergantung kepada situasi pandemik, saya membuat akujanji bahawa PRU-15 akan diadakan selewat-lewatnya pada penghujung bulan Julai tahun hadapan,” katanya dalam Ucapan Khas Perdana Menteri di sini hari ini.

Sebelum itu, Perdana Menteri berkata, beliau agak sedih dan dukacita dengan perkembangan politik yang sedang berlaku mutakhir ini.

Katanya, sebagai seorang manusia, beliau tidak terhindar daripada kelemahan dan kekurangan apa lagi memikul tanggungjawab berat mengurus pandemik COVID-19 sejak lebih setahun yang lalu.

“Namun, malangnya dalam keadaan saya dan rakan-rakan dalam Kabinet berhempas pulas mengurus pandemik, beberapa Ahli Parlimen telah menarik sokongan kepada saya.

“Ini menimbulkan keraguan tentang keabsahan saya sebagai Perdana Menteri dan kedudukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai kerajaan yang memerintah,” katanya.

Baca juga:   Musa Aman dakwa dapat sokongan bentuk kerajaan baharu Sabah

Muhyiddin menegaskan, dalam keadaan tersebut, beliau mempunyai dua pilihan menurut Perlembagaan Persekutuan iaitu memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya atau meletak jawatan.

Baca juga:   PIP bakal rancakkan perdagangan dengan Thailand - PM

“Pilihan saya yang paling mudah ialah meletak jawatan. Jika saya mengambil keputusan ini, maka selesailah urusan saya dan terserahlah kepada kebijaksanaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong untuk memilih Perdana Menteri yang baharu.

“Menurut Perkara 43(2) Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku boleh melantik seorang Perdana Menteri dari kalangan Ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

“Saya patuh kepada Perlembagaan dan akan mengambil jalan yang terhormat untuk menyelesaikan kemelut politik yang sedang berlaku,” jelas beliau.

Namun, Muhyiddin berkata, sehingga saat ini tiada seorang pun Ahli Dewan Rakyat lain yang dapat membuktikan dia mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat untuk Seri Paduka Baginda melantik Perdana Menteri baharu.

Katanya, jika beliau meletakkan jawatannya pada hari ini, menurut Perlembagaan Persekutuan seluruh anggota jemaah menteri turut meletakkan jawatan, sekali gus kerajaan PN akan jatuh.

“Saya memikirkan dalam keadaan tiada seorang pun Ahli Dewan Rakyat lain yang mendapat sokongan majoriti pada masa ini, Perdana Menteri yang baharu tidak boleh dilantik menurut Perlembagaan.

“Apabila Perdana Menteri tidak boleh dilantik, maka kabinet pun tidak boleh dilantik dan kerajaan baharu tidak dapat dibentuk.

Baca juga:   Tak perlu bersidang... Covid reda, bubar saja Parlimen

“Apa akan jadi kepada negara kita sekiranya krisis politik berlarutan dan kerajaan baharu tidak dapat dibentuk dalam kadar segera? Kerajaan mana yang akan memastikan program vaksinasi berjalan lancar dan mengikut jadual?” tegas beliau.

Sedangkan, kata Muhyiddin, tempoh dua bulan akan datang adalah amat genting kerana sekiranya semua perancangan kerajaan dapat dilaksanakan seperti yang dijadualkan, negara akan mencapai imuniti kelompok pada bulan Oktober.

Baca juga:   Apa guna Seksyen 23 SPRM selagi PM punya kuasa mutlak?

Bagaimanapun, sekiranya terganggu dengan kemelut politik yang tidak berkesudahan dan kerajaan yang sah tidak dapat dibentuk, sasaran imuniti kelompok tidak akan dapat dicapai dan nyawa rakyat akan terus berada dalam bahaya, katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Bantuan Musim Tengkujuh pekebun kecil Risda ditambah baik

KABINET bersetuju meluluskan Penambahbaikan skim Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) untuk pekebun kecil getah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah...

Lagi Artikel Berkaitan