31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Pertemuan beri harapan tamatkan sengketa politik

Mesti Baca

CYBERJAYA – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan para pemimpin Pakatan Harapan (PH) dianggap sebagai satu harapan baharu untuk menyelesaikan sengketa sesama sendiri angkara politik.

Malah Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Prof Tan Sri Dr Nordin Kardi menyeru agar para penyokong parti politik masing-masing berhenti berperang sesama sendiri.

“Inilah yang kita harapkan. Kita rayu supaya penyokong politik masing masing berhentilah berperang sesama sendiri.

“Ketua kerajaan dan Ketua Pembangkang sama, mereka ketua kita, jaga kepentingan kita. Biar mereka bekerja menyelesaikan masalah. Jangan kita pula tukang nyalakan api,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Beliau mengulas pertemuan Perdana Menteri yang mewakili kerajaan dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di Putrajaya hari ini.

Ismail Sabri berkata, pertemuan itu sebagai menjunjung kasih atas nasihat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi meredakan suhu politik dalam negara.

Nordin juga menganggap peristiwa tersebut menunjukkan segala doa dimakbulkan Allah.

Sementara itu, Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad pula menganggap pertemua mesra itu satu hikmah bagi membuka jalan perbincangan antara kerajaan dan pembangkang.

Justeru, beliau berharap pertemuan dan perbincangan serupa diadakan di peringkat Kementerian Pendidikan (KPM) memandangkan banyak isu berkaitan perlu diselesaikan secara bersama.

“Di peringkat KPM, adalah sangat molek Menteri Pendidikan yang baharu nanti ikut langkah Perdana Menteri. Adakan perjumpaan dan perbincangan mesra dengan kepimpinan politik pembangkang untuk membincangkan isu-isu pendidikan.

“Negara kita mempunyai banyak isu pendidikan yang perlu di ambil tindakan segera dan janganlah lagi dipolitikkan. Kesian pada guru-guru dan anak-anak kita,” katanya.

Anuar berkata, antara isu pendidikan yang perlukan penyelesaian segeralah ialah berhubung Pengarajan dan Pembelajaran Dari Rumah (PdPR) dan keciciran pendidikan, vaksinasi murid-murid dan kebajikan murid miskin serta orang kurang upaya (OKU).

Selain itu, isu infrastrukur sekolah yang daif dan di pedalaman, pengangguran graduan pendidikan, isu-isu sekolah, kolej dan pusat tahfiz swasta yang rugi turut memerlukan perhatian segera kerajaan.

Isu-isu lain ialah kebajikan dan lantikan guru-guru baharu, perpindahan guru-guru lama serta isu penjajaran kurikulum pasca-COVID-19. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan