27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 1, 2023

Perbalahan semasa situasi pandemik hanya merugikan

Mesti Baca

CYBERJAYA – Masyarakat di negara ini diingatkan supaya mengelak daripada berlakunya perpecahan, perbalahan dan pertelingkahan kerana semua perkara itu hanya mendatangkan kerugian.

Pakar sosial, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, kunci kepada kecemerlangan, keharmonian sesebuah masyarakat, bangsa dan negara ialah perpaduan, justeru semangat kerjasama perlu dititikberatkan.

Beliau berkata, amat mendukacitakan ketika Bulan Kebangsaan, awal Muharam yang dimuliakan serta negara dalam keadaan COVID-19 semakin menular ini menyaksikan berlakunya perpecahan dalam kalangan masyarakat.

“Kita sedar, tiada persamaan yang boleh diterima oleh semua individu dalam sesebuah masyarakat, tetapi untuk memastikan kesejahteraan, keharmonian dan keselamatan, maka titik persamaan perlu dicari dengan sebaik mungkin.

“Hal ini bertujuan supaya segala bentuk faktor yang menjurus kepada perpecahan dan pertelingkahan dapat diatasi atau dielakkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas perpecahan dan perbalahan yang berlaku dalam kalangan masyarakat di negara ini kerana perbezaan pendapat, pandangan serta ideologi.

Mohammad Shatar yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) berkata, kita tidak boleh menafikan wujudnya perbezaan, namun mengapakah perlu memfokuskan kepada perkara itu kerana ia tidak akan mendatangkan manfaat, malah akan sentiasa membawa kepada perpecahan.

Baca juga:   Khairuddin bebas, terima kasih pembangkang - Nik Abduh

Jadi, katanya, bagi membolehkan kita berada dalam keadaan harmoni dan negara dipacu dengan cemerlang, memerlukan masyarakat yang berusaha untuk mencari persamaan supaya boleh dijadikan asas untuk bergerak bersama-sama.

Baca juga:   Lelaki terkejut jumpa bom tangan, puluhan peluru

“Musuh di luar sentiasa menunggu pergolakan berlaku, supaya mereka mudah masuk untuk menjajah dengan gaya alaf baharu dalam aspek sosial, minda serta emosi.

“Pastinya, kita tidak mahu negara ini dijajah lagi, justeru kita perlu merapatkan saf lebih-lebih lagi mereka yang sebangsa dan seagama tidak wajar untuk berbalah sesama sendiri kerana ia hanya mendatangkan kerugian,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Mohammad Shatar berkata, masyarakat perlu belajar daripada teori peradaban manusia yang memperlihatkan sesebuah ketamadunan hancur bukan disebabkan orang luar, tetapi dek kerana pergolakan dalaman bangsa itu sendiri.

“Sebelum nasi menjadi bubur dan sekiranya kita tidak mahu sejarah itu berulang dan berlaku pada negara kita, marilah bersatu padu agar kita dapat menggerakkan negara ini ke satu tahap yang lebih membanggakan, pada masa sama dapat menangani pandemik COVID-19,” katanya. – EDISI 9

Wartawan

Terkini

DBKL gempur pusat pelacuran operasi bulan Ramadan

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggempur tujuh pusat pelacuran yang beroperasi pada bulan Ramadan di sekitar Jalan Petaling, Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan