25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Empat sampel saringan di Parlimen positif varian Delta

Mesti Baca

CYBERJAYA – Empat sampel ujian saringan yang dijalankan di Parlimen mendapati wujud mutasi pada spike protein yang dipercayai varian Delta.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia hasil analisis jujukan genom penuh yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia (IMR) setelah menerima sampel dari Makmal Kesihatan Awam Sungai Buloh.

“Hasil daripada PCR Genotyping Assay, kesemua empat sampel menunjukkan mutasi pada spike protein yang dikenal pasti wujud pada varian Delta atau varian Kappa.

“Namun berdasarkan variant of concern (VOC) yang sedang menular di dalam komuniti, ianya berkemungkinan besar adalah varian Delta,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook malam ini.

Dr Noor Hisham berkata, kajian klinikal di luar negara dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah melaporkan bahawa kes yang dijangkiti varian Delta mempunyai kandungan virus 1200 kali lebih tinggi berbanding kes yang dijangkiti dengan varian biasa (non-VOC).

“Penjujukan genom penuh (whole genomic sequencing) akan dijalankan bagi pengesahan selanjutnya,” katanya.

Dalam kenyataan media petang tadi, Dr Noor Hisham memaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyarankan agar sidang Parlimen ditangguh selama dua minggu bagi mencegah penularan Covid-19.

Katanya, ia melibatkan semua sesi mesyuarat termasuk Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan dan Pilihan Khas Parlimen serta pembentangan yang dirancang di Parlimen.

Menurut beliau, ini berikutan dua kes positif Covid-19 dikesan dalam kalangan pegawai yang hadir ke Parlimen pada 29 Julai.

Katanya, dengan pengesanan dua kes positif Covid-19 tersebut, KKM telah menjalankan saringan ujian kendiri RTK Ag Saliva terhadap 1,183 individu di dalam Parlimen dan mendapati sembilan lagi kes positif Covid-19.

Beliau berkata, penilaian risiko telah dibuat dan mendapati Parlimen berada dalam kedudukan berisiko tinggi sehingga memaksa KKM mencadangkan Parlimen digantung selama dua minggu mulai 29 Julai. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan