30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Bekas KSN, Tun Ahmad Sarji meninggal dunia

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi di sebuah hospital kerana komplikasi COVID -19.

Ahmad Sarji adalah negarawan yang merupakan bekas Ketua Setiausaha Negara ke-9.

Allahyarham berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Negara dari 1 Februari 1990 hingga 16 September 1996.

Ahmad Sarji dilaporkan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Cheras pada 7 Ogos lalu akibat komplikasi Covid-19.

Dalam pada itu, perkhabaran tersebut turut dikongsi Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali dalam Facebooknya.

Advertisements

Menurut beliau, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.40 pagi.

“Allahyarham seorang tokoh pentadbir perkhidmatan awam yang amat disegani serta dihormati sewaktu dalam perkhidmatan.

“Pemergian Allahyarham adalah kehilangan besar buat negara melalui jasa dan bakti yang telah dicurahkan selama ini. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama para solihin,” katanya.

Terdahulu, satu mesej telah dipanjangkan, dipercayai daripada keluarga Tun Ahmad Sarji memaklumkan mengenai pemergian Ahmad Sarji. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan