36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

336,642 dos harian vaksin COVID-19, Johor tertinggi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sebanyak 336,642 dos jumlah pemberian dos vaksin harian diberikan kepada penerima semalam.

Berdasarkan data yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), daripada jumlah itu, sebanyak 146,632 individu meneruma suntikan dos pertama. 

Manakala 190,010 individu menerima suntikan dos kedua sekaligus melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi COVID -19 Kebangsaan (PICK). 

Sementara itu, Johor terus mengungguli pemberian vaksin tertinggi dengan sebanyak 33, 424 bagi dos pertama, manakala sebanyak 27,157 bagi dos kedua. 

Diikuti, Selangor dengan sebanyak 7,162 dos pertama manakala sebanyak 31,502 bagi dos kedua.

Manakala, Labuan merekodkan pemberian dos harian terendah dengan sebanyak 57 bagi dos pertama dan sebanyak 80 bagi dos kedua.

Sementara itu, sejumlah 33,724,744 jumlah kumulatif pemberian dos vaksin diberikan kepada rakyat Malaysia, setakat semalam.

Daripada jumlah itu, seramai 19,241,946 individu menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 atau bersamaan 58.9 peratus jumlah populasi (82.2 peratus populasi dewasa).

Manakala, seramai 14,487,972 individu telah menerima suntikan dos kedua vaksin, atau bersamaan 44.4 peratus jumlah populasi (61.9 peratus populasi dewasa).

Wilayah Persekutuan Labuan dan Lembah Klang, masing-masing terus merekodkan peratusan populasi dewasa melebihi 100 peratus bagi suntikan dos pertama dengan 101.7 peratus bagi Labuan dan 110.7 peratus bagi Lembah Klang. – Edisi 9 

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan