28.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 1, 2022

20,546 kes baharu harian COVID-19, Selangor tertinggi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kes baharu harian COVID-19 kekal melepasi angka 20,000 untuk kali keenam, dengan sebanyak 20,546 kes baharu dilaporkan hari ini.

Kelmarin sebanyak 20,670 kes dilaporkan, manakala 21,468 kes pada 13 Ogos; 21,668 kes (12 Ogos) dan selebihnya, 20,780 kes (11 Ogos), 20,889 kes (6 Ogos) dan 20,596 kes (5 Ogos).

Dengan pertambahan kes baharu harian tersebut menjadikan jumlah kes positif COVID -19 sebanyak 1,404,899 kes.

Maklumat berkenaan dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi Facebook di sini.

Beliau berkata, Selangor mencatatkan kes baharu harian COVID-19 tertinggi iaitu sebanyak 7,307 kes.

“Diikuti Sabah dengan 1,665 kes, Kedah (1,596 kes), Johor (1,508 kes), Kuala Lumpur  (1,442 kes), Pulau Pinang (1,111 kes), Perak (1,069 kes) dan Kelantan (1,025 kes). 

“Sarawak (963 kes), Pahang (926 kes), Negeri Sembilan (698 kes), Melaka (631 kes) dan Terengganu (534 kes).

Baca juga:   20,837 kes harian COVID-19, 1,063 kes ICU

“Putrajaya pula (47 kes), Perlis (21 kes) dan Labuan (tiga kes),” ujarnya.

Beliau berkata, kes aktif dengan kebolehjangkitan juga mencatatkan peningkatan kepada 247,261 kes termasuk 1,059 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 526 kes memerlukan bantuan pernafasan serta sebanyak 16,945 kes sembuh.

“Sebanyak 282 kes kematian lagi dilaporkan pada hari ini termasuk membabitkan seramai 68 warga asing.

“Manakala, sebanyak 101 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) menjadikan jumlah kes kematian COVID -19 mencecah 12,510 kes,” katanya.

Baca juga:   Covid-19: 20,923 kes baharu, Selangor catat nilai Rt tertinggi

Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah kes hari ini, sebanyak 373 kes (1.8 peratus) kategori tiga, empat dan lima manakala, sebanyak 20,173 kes (98.2 peratus) kategori satu dan dua.

“Ini berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosis COVID -19.

“Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

“Secara keseluruhan, 17,802 kes (86.64 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

“Justeru, dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius.

“Diharapkan ini akan mengurangkan jangkitan di dalam negara, terutamanya kes di kategori tiga hingga lima,”katanya.

Baca juga:   Tutup aktiviti ekonomi: Jangan main umum sahaja, rakyat perlukan bantuan

Mengulas lanjut, katanya, sebanyak 29 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada 17 kluster tempat kerja, 10 kluster komuniti dan dua kluster kumpulan berisiko tinggi.-Edisi 9

Terkini

Gred guru besar, penolong kanan ditingkatkan sehingga DG54

GRED guru besar dan guru penolong kanan di sekolah rendah ditingkatkan sehingga ke gred maksimum DG54 yang akan memberi...

Lagi Artikel Berkaitan