24.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 2, 2023

19,740 kes baharu harian COVID-19, 274 kes kematian

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sebanyak 19,740 kes baharu harian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 mencecah 1,424,639 kes.  

Maklumat berkenaan dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi Facebook di sini.

Beliau berkata, Selangor masih merekodkan angka kes tertinggi empat digit iaitu dengan sebanyak 5,706 kes.

“Diikuti, Sabah sebanyak 1,728 kes, Kedah (1,592 kes), Sarawak (1,566 kes), dan Johor (1,510 kes).

“Seterusnya, Kuala Lumpur dengan 1,360 kes, Pulau Pinang (1,251 kes), Kelantan (1,227 kes) dan Melaka (1,120 kes), Perak (938 kes), Terengganu (688 kes), Pahang (646 kes) dan Negeri Sembilan (343 kes).

“Putrajaya pula (43 kes), Perlis (20 kes) dan Labuan (dua kes),” katanya.

Sementara itu, menerusi ciapan Twitter Kementerian Kesihatan memaklumkan, sebanyak 274 kes kematian COVID-19 lagi dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes kematian terkini sebanyak 12,784 kes.

Baca juga:   21 produk makanan termasuk 'kopi kuat' ada racun berjadual - KKM

“Daripada jumlah kes harian baharu direkodkan turut membabitkan dengan 19 kes import dan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 1,424,639 kes.

“Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula sebanyak 249,277 kes termasuk 1,047 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 520 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Terdapat 17,450 kes sembuh dengan jumlah kes sembuh sebanyak 1,162,578 kes,” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Baca juga:   5,854 kes harian, turun selepas tiga hari melebihi 6,000

Terkini

Nik Nasarudin dilantik Ketua Setiausaha KPM baharu

DATUK Nik Nasarudin Mohd. Zawawi dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (KPM) yang baharu berkuatkuasa bermula hari ini. Ketua Setiausaha...

Lagi Artikel Berkaitan