24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Raja-raja Melayu perlu main peranan dan bersuara – TMJ

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah raja-raja Melayu harus memainkan peranan, bersuara dan menggunakan kuasa demi menjaga kepentingan rakyat dan kestabilan negara.

Titah baginda, jikalau semua pihak dalam sistem pentadbiran hanya memikirkan kepentingan peribadi, negara boleh menjadi hancur.

Menerusi twitternya hari ini, Tunku Ismail membidas ahli-ahli politik yang hanya berpolitik, berlakon, merompak dan bergaduh yang akhirnya menjadi mangsa adalah rakyat jelata.

“Ahli politik, berpolitik, mangsa? rakyat; berlakon, mangsa? rakyat; merompak, mangsa? rakyat ; bergaduh, mangsa? rakyat.

Advertisements

“Jadi, semua harus menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk memulihkan kestabilan negara ini dalam setiap aspek. Mohon ampun,” titah baginda menerusi hantaran di Twitter di sini.

Sebaik sahaja hantaran Twitter baginda, terus mendapat maklum balas daripada pelayar, rata-rata mempersetujui titah yang disampaikan.

Kebanyakan pelayar, turut mahu raja-raja Melayu campur tangan untuk selamatkan rakyat yang sangat terkesan serta terjejas tambahan pula situasi pandemik yang dihadapi kini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan